Watak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Mario Maurer sebagai King Irshad ZynMedia
Mark Dhani berpakaian sut hitam ke Royal Brand International College
•••
"Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, tempat aku meminta, aku memohon petunjuk dan hidayah dariMu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha berkuasa atas segala yang Engkau kehendaki." Aku terdiam sebelum menyambung kata.
"Allahuakhbar, tunjukkilah aku jalannya ya Allah, supaya aku dapat membuat keputusan yang betul tanpa ragu-ragu di dalam hati ini. Bantulah hambaMu ini, ya Allah." Aku menundukkan wajah, mengingatkan semula kejadian yang telah Allah aturkan untukku dalam beberapa waktu yang lepas.
Aku menarik nafas dalam dan menghembus perlahan-lahan, mencari nafas untuk menyambung kata. "Robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama robbayani shoghira. Bukakanlah juga pintu-pintu hati keluargaku dan kedua ibu bapaku agar mereka memaafkan dan menerima ketentuan yang telah Engkau tetapkan buat kami. Limpahkan rahmat buat keluarga kami, jauhkanlah kami daripada azab seksaMu, ya Allah."
"Ya Allah." Aku mengetap bibir memandang tepat pada telapak tangan yang aku tadahkan buatNya. Air mataku jatuh. "Aku mohon kepadaMu keampunan buat Rosselle Qismina agar dia tenang di sana. Limpahkanlah segala rahmatMu buatnya. Ampunkanlah segala yang telah dia lakukan di atas muka bumiMu ini, ya Allah. Sesungguhnya aku tahu Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Aku menahan sebak di dalam hati yang susah untuk aku gambarkan. Hanya insan-insan yang pernah merasai saja tahu perasaan yang sedang aku lalui sekarang ini, dan juga, Dia. Ya, dia lebih mengetahui. "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil a khiroti hasanah waqina 'adzabannar. Washollallahu 'ala sayyidina Muhammadin wa'ala alihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil'alamin.."
Aku mengaminkan doa selepas selesai menyudahkan solat sunat tahajjud. Aku bangun dari duduk, lalu sejadah di lantai aku lipat kemas sebelum aku gantung di penggantung bersebelahan almari baju. Aku tanggalkan kopiah dari kepala dan letakkannya di atas meja kerjaku. Aku melangkah ke hujung birai katil, aku labuhkan punggung di situ lalu aku lirikkan mataku memandang pada si kecil yang masih lena di tengah katil.
Aku meraup muka penuh kekesalan. Kalau dia dengar cakap aku waktu tu, mungkin benda tu tak akan jadi. Mungkin sekarang bayi kecil yang tak berdosa ni masih ada seorang ibu.
Aku tundukkan wajah aku memandang ke lantai. Air mata jantanku jatuh setitik lagi ke lantai. Aku menangis. Sungguh aku menyesal.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi-bunyi bising di luar rumah. Aku kerling ke arah si kecil di atas katil, masih lena. Kemudian aku alihkan pandangan pada jam di dinding pula.
3.52 pagi. Masih pagi. Siapa yang buat bising pagi-pagi buta macam ni?
Aku bangun dari duduk dan melangkah keluar dari bilik. Aku berdiri di hadapan pintu rumah dan cuba menangkap suara-suara bising di luar. Dua suara, seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berborak. Dan dari gaya percakapan mereka, aku yakin yang mereka sedang bergaduh. Aku tekapkan telinga aku ke pintu dan cuba pula menangkap setiap butir bicara mereka. Bukan aku sengaja nak menyibuk hal mereka, tapi niat aku hanya untuk menghentikan mereka supaya si kecil yang ada di dalam bilik tak terjaga.
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...