Watak
Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn•••
Aku pulang ke KL selepas cuti seminggu habis. Perjalanan aku ditemani oleh Irshad sehinggalah aku sampai ke rumah. Rupanya daddy tak main-main yang Irshad memang akan menjaga aku di sini.
Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Satu keluhan berat aku lepaskan. Kepala aku yang terasa sengal-sengal aku picit sedikit selepas aku sapukan minyak angin. Benda biasa yang akan jadi bila aku lalui perjalanan yang panjang pergi dan balik dari rumah daddy. Aku rebahkan badan di sofa sambil jari-jemari aku masih lagi memicit kepala yang sakit. Mual aku belum habis surut.
"Qis." Panggil Irshad di luar pintu bilik.
Aku biarkan. Tak balik lagi rupanya mamat tu.
"Keluarlah.. I ada buatkan you teh panas ni." Pujuknya.
What? Teh panas? Are you kidding me? Pergi baliklah.
"You dengar tak? Keluarlah sayang. I buatkan teh nak segarkan you. I tahu you mesti penatkan?" Pujuknya lagi.
What? Sayang? Gila. And kalau dah tahu aku penat, pergi jelah balik. Tengok muka kau lagi penat tahu tak? Masih tak faham bahasa ke?
"Qis! You buat apa kat dalam tu? Dengar tak I panggil?" Suaranya mula meninggi. See? Datang dah perangai hantu dia.
Aku masih biarkan. Jujur aku memang malas nak melayan dia. Pergi jelah balik!
"Qis!" Dia membuka pintu dengan muka menahan geram. Aku tahu dia marah. Memang perangai dia macam tu. Dah biasa.
Aku biarkan lagi. Malas nak layankan. Kalau aku layankan, makin menjadi-jadi nanti. Kepala yang masih sakit aku picit tanpa hiraukan dia yang ralit melihat aku berbaring di sofa. Kenapa diam?
"You sakit ke? Nak I tolong?" Suara dia kembali lembut tiba-tiba. Dia datang dan melutut di sebelah aku sambil tangan aku dia alihkan untuk bantu aku memicit kepala.
Aku tepis tangannya lembut. "Tak apa. I boleh buat sendiri."
"You jangan macam ni.. Apa gunanya I kat sini kalau tak boleh tolong you." Dia cuba membantu lagi dan tangan aku dialihkan semula.
Aku tepis kasar. Tapi cepat-cepat dia gengam kedua tangan aku.
"You ni kenapa?! Lepas!" Marah aku. Aku tak suka bila Irshad jadi begini.
"I cakap elok-elokkan? Biar I tolong." Dia cuba menyentuh kepala aku sambil tangan aku dia masih genggam erat. Sikit pun aku tak mampu lepaskan. Sakit.
"Sakitlah! Lepas!" Dia tak hiraukan dan sibuk memicit kepala aku. Aku rimas. Dia ni memang tak faham-faham bahasa kut. "Lepaslah!" Aku gunakan tenaga yang aku ada dan badan dia terus aku tolak sehingga dia jatuh terduduk.
"You balik! Jangan paksa-paksa I boleh tak?!" Tengking aku, lalu aku bangun dari sofa.
"Qis, please. Bagi I peluang." Rayunya melutut di hadapan aku sambil tangan aku dia pegang erat.
"No chance for you! Now get out from my room!" Aku lepaskan pegangan tangannya dan aku halakan jari telunjuk aku ke pintu. Sabar aku tiba-tiba hilang macam tu saja. Aku benci bila dia mula memaksa.
YOU ARE READING
PLAYGIRL | Qistina
RomanceNama aku Qistina. Queen Qistina Ma. Aku seorang gadis kacukan. Mengambil darah Baba Nyonya daripada mummy aku dan campuran Siam daripada daddy. Dan kami juga keluarga besar berketurunan di-Raja di Siam. Aku tinggal dengan daddy sehingga aku tamat pe...