12 | Legasi Rohan

4.9K 71 2
                                    

Kamus Siamme

Sawadhikha(p) Salam sejahtera

Watak

Davika Hoorne sebagai Queen Qistina Ma
Kitsakorn Kanoktorn sebagai Mark Dhani
Mario Maurer sebagai King Irshad Zyn
Teeradon Supaponpinya sebagai King Qashah Hud
Keith Foo sebagai King Mikhail Wut

Media

Qistina di majlis anjuran Syarikat Royal Rohan Global milik daddynya, Tuan Iskandar Rohan

Imej

Pintu hadapan Hotel Grand Garden of Siamme

(Gambar hanya hiasan untuk bayangan pembaca)

•••

Kereta abang Mikhail berhenti di sebuah hotel mewah 7 bintang yang terkenal di seluruh Asia. Hotel yang bakal menjadi hak milik Qashah tak lama lagi, Grand Garden of Siamme. Setiap majlis yang dianjurkan oleh syarikat daddy pasti akan dilangsungkan di sini. Cukup mewah dan mahal sekali.

Kami keluar dari kereta sambil berpimpinan tangan. Aku dan abang Mikhail terus menaiki anak tangga ke pintu besar hotel. Saat melangkah di lantai hotel saja, semua mata-mata langsung tak berkelip memandang ke arah kami berdua. Reaksi biasa yang mereka akan tunjukkan seperti selalu di majlis-majlis yang lepas.

"Eh, tu bukan Mikhail dengan Qistina ke? The Rohan Legacy."

Ya, Legasi Rohan. Aku terdengar mereka berbisik-bisik, menyebut nama agung itu. Setiap anak-anak yang dilahirkan daripada keturunan di-Raja Rohan, pasti akan mendapat gelaran itu. Gelaran yang cukup besar, sehinggakan orang-orang yang mengetahuinya boleh tergila-gila untuk memiliki kami dalam hidup mereka. Kami aset yang terlalu penting dan berharga dalam tradisi keluarga. Tanpa kami, Legasi Rohan tak akan boleh diteruskan.

"7ViP." Arah abang Mikhail sambil menyerahkan kunci Porsche miliknya pada Valet Parking Boy yang sedang berdiri di pintu hotel.

Lelaki itu mengangguk, lalu dia terus menapak keluar dari hotel selepas mendapatkan kunci kereta.

Selesai menyerah kunci, aku dan abang Mikhail terus melangkah pula ke arah tangga besar di tengah-tengah lobi hotel. Tangan abang Mikhail aku paut dengan kemas sambil mata aku meliar ke seluruh ruangan lobi memandang ke seluruh susuk-susuk tubuh manusia yang sedang berborak sakan.

Aku ternampak sekumpulan perempuan muda berpakaian jubah serba-serbi berkilauan mengalahkan mak-mak Datin dengan bonggol unta mereka semacam hipster kononnya. Aku tak faham fesyen apa yang mereka tayangkan malam ini. Kelakar. Aku tengok, perempuan Melayu sekarang makin pelik-pelik saja gayanya. Mungkinkah gaya wanita Islam zaman moden kini sememangnya perlu begitu?

Aku tunduk melihat pada pemakaianku pula. Jadi tak ada bezanya mereka dengan aku yang tidak mengamalkan agama itu. Aku juga berpakaian seksi sama seperti jubah sendat yang mereka gayakan malam ini. Cuma bezanya mereka bertudung dan aku tidak. Aku jadi tertanya-tanya, jika aku bertudung, apakah gaya fesyen begitu yang aku mesti gayakan? Adakah Islam mengajar penganutnya berpakaian begitu? Tiada banyak beza juga dengan cara pemakaian penganut agama yang lain.

PLAYGIRL | QistinaWhere stories live. Discover now