ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ AYA! IBU suruh kau beli ais batu!” laung Nur.
Dayana yang kebetulan lalu diluar bangunan itu melangkah laju kearah muka pintu.
“kau ini daripada mana?” soal Nur pelik.
“daripada dapur. kenapa kau?”
“ibu suruh kau beli ais batu. katanya ais batu dalam peti itu dah habis.” ujar Nur seraya mengulangi semula permintaan Puan Iftah.
“aik, kenapa aku? mana perginya jejaka - jejaka dalam rumah ini?” soal Dayana. sebenarnya, gadis itu sedikit tidak puas hati.
“Raiz ada keluar beli tepung dengan apatah tadi. lepas itu, ibu ada call dia tetapi dia kata dia dah nak sampai rumah── ha, itu!”
Nur menundingkan jari kearah sebuah kereta yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan pagar rumah. langsung sahaja Dayana mengeluh.
“memang ada Raiz je ke dalam rumah ini? Aidan tak nak keluar ke?” soal Dayana. masih lagi mencuba untuk mengelat.
“Aidan kan bakal pengantin esok. kau ini──”
“tak apalah, Iman. biar saya nak keluar.” sampuk satu suara.
spontan Dayana menoleh kebelakang. hampir sahaja dahinya berlaga dengan tubuh lelaki tersebut. setapak Dayana melangkah kehadapan── marapatkan dirinya dengan Nur.
“eh, tak apalah Yad. biar si Aya ini pergi beli ais. mengada betul.”
alamak Nur ini, ada yang aku sengkeleng karang. bentak Dayana di dalam hatinya. pandangan tidak puas hati diberikan kepada Nur.
“okay then, kau pergilah. terima kasih sebab dah menawarkan diri kau.” selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya.
tanpa menunggu balasan daripada Nur ataupun Ziyad, gadis itu terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Nur mengeluh perlahan. kepala digelengkan beberapa kali. kesal dengan perangai sahabatnya itu.
“maaflah, Yad. Aya itu memang macam itu. nanti aku suruh──”
“tak apalah. lagipun dah malam. tak elok untuk dia keluar malam - malam macam ini. dia perempuan.” potong Ziyad.
Nur hanya mengangguk. ada betul juga apa yang dikatakan oleh Ziyad itu.
Dayana seorang perempuan.
dan seorang perempuan tidak sepatutnya keluar pada waktu malam. lebih - lebih lagi apabila keluar tanpa teman.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI SIULAN keluar daripada bibir lelaki itu. pintu peti ais ditolak lalu diambil seguni ais. guni ais tersebut dibawa keluar lalu diletakkan pada samping peti sejuk itu.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...