[ edited ] O36

277 37 26
                                        

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  HARI INI merupakan hari dimana majlis pertunangan Irisy dilangsungkan. Hari dimana Dayana tidak benar - benar mahu menghadiri majlis tersebut.

“Ju kata dia jemput ramai budak maktab. So, ya... majlis ni boleh dikira as reunion.” ujar Dayana.

“Awak dulu maktab ke?” soal Ziyad.

“Haah, dekat Melaka.”

“Maktab mana?”

“Tun Ghafar Baba, Jasin.”

Ziyad mengangguk kecil. Sejujurnya, dia agak terkejut mendengar nama maktab yang disebutkan oleh gadis itu. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba?

“Maknanya pagi tadi tu majlis tunang Irisy? Malam ni kira macam majlis reunion pula?” soal Ziyad.

Dayana mengangguk. Majlis tunang Irisy sudah pun berlangsung pagi tadi. Malam ini, bakal diadakan majlis makan - makan bersama dengan rakan - rakan sekolah lama.

Bunyi seretan kerusi mengalihkan perhatian sepasang suami isteri itu. Gerangan yang berdiri dihadapan mereka itu dipandang.

“Hai, Dayana. Sini kosong atau ada orang?” soal Juhaina.

Gadis itu menoleh ke arah Ziyad. Wajah si suami dipandang. Tolonglah jawab yang dekat situ ada orang. Dia tidak mahu semeja dengan Juhaina dan Ezham.

“Kosong. Duduklah.” pelawa Ziyad.

Spontan air muka Dayana berubah. Kerusinya dirapatkan dengan kerusi milik Ziyad. Entah kenapa dia rasa takut ketika itu.

Pandangan mata dilarikan. dia tidak mahu bertentang mata dengan Ezham yang berada dihadapannya itu. Entah takut ataupun tidak selesa.

Bahu Ziyad ditarik. Bibirnya dibawa merapat ke daun telinga Ziyad, “Boleh tak kalau kita tukar meja?”

Ziyad mengerutkan dahunya, “Kenapa pula?”

“Aku tak selesalah duduk sini. Cuba kau cari meja lain yang kosong.” ujar Dayana dalam nada berbisik.

“Kejap, saya tengok.” Ziyad mula berura - ura untuk bangun. Lekas lengan lelaki itu tarik oleh Dayana── menghalang Ziyad daripada bangun.

“Tengok dari sini aja. Janganlah tinggalkan aku.” bisik gadis itu lagi.

Ziyad menguntum senyuman kecil. Tangan kekar itu naik mengusap kepala si isteri, “Yelah, bintang.”

Dayana kembali melepaskan pegangan pada lengan Ziyad. Dia membetulkan posisi duduknya. Telefon pintar yang terletak elok pada meja itu diambil.

Walaupun tiada apa yang menarik untuk dibelek, sekurang - kurangnya dia tidak perlu berbual dengan Juhaina dan Ezham.

So... how's life? ” soal Juhaina. serentak dengan itu, Dayana mengangkat wajahnya.

Good. How about you? Dah kahwin ke?”

“Belum lagi. Maybe this year kita orang kahwin. Kan, by? ” bahu Ezham, Juhaina senggol.

Lelaki itu hanya mengangguk. Mengiyakan sahaja apa yang dibicarakan oleh kekasihnya itu. Sengihan kecil terukir pada wajahnya.

“Dayana dah habis belajar ke? Atau masih belajar lagi?” soal Juhaina lagi.

“Belajar lagi. Tahun depan baru graduate.”

So betulah yang you still study medical?

Dayana mengangguk.

“Tak ada tempat kosonglah, bintang.” ujar Ziyad.

Bintangku [ edited ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang