ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ZIYAD HANYA mengukir senyuman manis buat gadis pujaannya itu. sesekali, dia mengerling kearah Dayana yang berada dikerusi penumpang itu.
gadis itu sudah pun selamat dibuai lena. kepalanya juga turut dilentokkan pada tingkap kereta.
sekali lagi Ziyad mengukir senyum. wajah pulas Dayana yang sedang tidur kelihatan jauh lebih lucu berbanding dengan Dayana yang selalu dia lihat.
lagian pula, Dayana ini sepertinya tidak tahu cara untuk tersenyum. jauh sekalilah jika Ziyad mahu melihat tawa gadis itu.
datar sahaja wajahnya. cubalah senyum sikit.
selepas hampir tiga puluh minit memandu, kereta berjenama Honda Civic itu mula memasuki sebuah kawasan perumahan.
kawasan perumahan itu dilengkapi dengan sistem kawalan yang agak ketat. ada sebuah pondok pengawal yang menjaga keadaan keluar masuk dikawasan itu.
bahkan pada cermin kereta Ziyad, terdapat pelekat untuk menandakan keahliannya dikawasan perumahan tersebut.
selepas lima minit memasuki kawasan perumahan itu, mereka akhirnya tiba dihadapan rumah Puan Aida. kereta berpacuan empat roda itu diletakkan diluar pagar rumah.
Dayana yang berada disamping dipandang. gadis itu masih lagi pulas tertidur. nampak sangat penatnya itu.
seatbelt yang melingkar pada tubuh gadis itu dibuka. seterusnya, Ziyad menoleh semula kearah gadis itu.
“Dayana, kita dah sampai rumah umi.” tutur Ziyad.
namun tiada balasan daripada gadis itu.
“Aya, kita dah sampai rumah umi.” sekali lagi Ziyad mencuba nasib.
balasannya tetap sama. suara Ziyad sedikit pun tidak mengganggu lena si gadis.
Ziyad mengeluh perlahan. pintu kereta dibuka. seterusnya, dia melangkah keluar daripada perut kereta. langkahnya dihayunkan kearah pintu rumah.
selang beberapa minit, Ziyad kembali keluar bersama dengan Puan Aida. sengihan kecil terukir pada wajah lelaki bertubuh tinggi lampai itu.
“umi tolong eh? Ziyad tak boleh nak sentuh dia.” tutur Ziyad. wajah minta simpati ditayangkan kepada Puan Aida.
Puan Aida mengangguk. pintu kereta dibahagian penumpang dibuka perlahan── khawatir tubuh kecil akan jatuh menyembah tanah.
oleh kerana Dayana tidur bersandarkan pintu kereta, kemungkinan untuk gadis itu jatuh apabila pintu kereta dibuka sangatlah tinggi.
sempat tubuh kecil itu ditahan oleh Puan Aida sebelum terjatuh. sontak Dayana terjaga daripada tidurnya.
kedudukan tubuhnya dibetulkan. permandangan pertama yang menyapa matanya adalah wajah Puan Aida dan susuk tubuh Ziyad yang berdiri dibelakang wanita itu.
membulat terus mata Dayana apabila wajah dua orang yang dikenalinya itu menerjah pandangan.
“um─mi...”
Dayana cuba untuk melangkah turun daripada kereta namun ditahan oleh Puan Aida. bahu gadis itu ditepuk lembut.
“penat ya kuliah hari ini?” soal Puan Aida bersama dengan sekuntum senyuman.
Dayana hanya mengangguk kecil. entah kenapa bila bersama dengan Puan Aida, sikap budak - budaknya keluar begitu sahaja.
dia jarang mahu mengaku yang dia lelah apabila bersama dengan orang - orang. melainkan rakan serumahnya, Nur dan Puan Khalijah.
“marilah masuk dahulu. umi dah siap masakan makan malam untuk Aya dengan Yad.” pelawa Puan Aida.
sekali lagi Dayana mengangguk. selepas Puan Aida mengundur beberapa langkah kebelakang, gadis itu terus melangkah keluar daripada kereta.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...