ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ ALAHAI, AYA. tak boleh ke kalau tidur sini malam ini? esok baru balik rumah sewa balik.” soal Puan Iftah.
dapat dilihat raut wajah sayu wanita paruh baya itu.
“tak bolehlah, ibu. esok pagi Aya ada kelas. takut tak sempat pula nak gerak daripada sini ke universiti.”
“macamlah universiti kamu itu jauh bebenor. sini - sini aja.” pujuk Puan Iftah lagi.
“nanti ada masa Aya datanglah tengok ibu lagi.”
Puan Iftah hanya mengangguk. senyuman kecil terukir pada wajah wanita itu selepas dia mengeluh kecil. tubuh Dayana ditarik ke dalam dakapannya.
“bawa motor itu elok - elok. dah malam ini. kalau dah sampai rumah sewa nanti call ibu ya?” pesan Puan Iftah.
gadis berambut separas tengkuk itu mengangguk. tangan kanan Puan Iftah dicapai lalu disalami. dikucup lembut kekura tangan wanita paruh baya itu.
seterusnya, gadis itu beralih pula kepada Puan Aida. tangan kanan wanita itu dicapai lalu disalami.
bahu Dayana ditepuk lembut oleh Puan Aida. senyuman kecil turut merekah pada bibir wanita itu, “bawa motor itu hati - hati. jangan laju sangat. malam - malam ini bahaya.”
“baik, umi. nanti ada rezeki kita jumpa lagi.” ucapnya.
“ada itu rezeki. mana tahu nanti dia jadi menantu umi yang seterusnya.” sampuk Nur. tubuh Dayana ditolak sedikit kasar.
gadis itu tidak diam. ditolak kembali tubuh Nur. kesannya, Nur terdorong sedikit kehadapan. namun lekas sahaja Aidan menyambut isterinya itu.
“wlerk.” Nur menjelirkan lidahnya. seronok dapat menyakat Dayana.
Dayana mendengus kasar. wajah Nur dan Aidan dipandang silih ganti── geram. mentang - mentang dah kahwin, kemain lagi perangai.
“umi janganlah ambil berat sangat dengan gurauan Nur ini. budak ini bergurau mana kena tempat.” berang Dayana.
pijak juga si Nur ini karang.
kedengaran tawa halus keluar daripada bibir Puan Iftah dan Puan Aida. ibu kepada Aidan itu menggelengkan kepalanya beberapa kali. kelakar melihat gelagat Nur dan Dayana itu.
“kalau Aya jadi menantu umi pun apa salahnya. itu── anak umi yang seorang itu belum ada buah hati lagi. umur dah masuk 25 tahun. bayang kekasih pun... umi belum nampak lagi.” ujar Puan Aida, seolah - olah bersetuju dengan usikan Nur.
spontan Dayana memusingkan tubuhnya. susuk tubuh tinggi lampai yang sedang merehatkan tubuhnya pada pintu itu dipandang. tidak lupa juga untuk menyilangkan kedua - dua belah tangannya pada dada.
jejaka itu mengukir senyuman buat Dayana. nampaknya, Ziyad juga tidak mahu membantah lelucon umi.
Dayana mencebik. terus dia menoleh semula kearah Puan Aida. tidak mahu bertentang mata dengan Ziyad terlalu lama.
“Aya minta diri dululah. nanti takut lewat pula sampai ke rumah sewa.”
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ MOTOR BERJENAMA Honda Cbr15 itu mula memasuki ke kawasan bandaran. entah kemana perginya motor itu pun dia tidak pasti.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...