038

256 36 8
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SIULAN KECIL kedengaran daripada ulas bibir si gadis. dia mengulum senyuman kecil. bintang - bintang yang bertaburan dilangit itu dipandang girang.

bintang akan sentiasa menjadi kegemarannya. biarlah tahun berlalu sekalipun, perasaannya terhadap bintang akan tetap sama.

angin sepoi - sepoi bahasa yang menyapa wajahnya itu dibiarkan sahaja. cuaca pada malam itu sedikit sebanyak mengingatkannya tentang kisah terdahulu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

SENYUMAN LEBAR terukir pada wajah gadis itu. sehelai kertas digenggam erat olehnya. sungguh dia tidak sabar untuk pulang ke rumah.

dia berjaya mendapatkan tempat pertama di dalam kelas. sama seperti permintaan mama kepadanya. si ibu mahukan gadis itu mendapatkan tempat pertama dalam peperiksaan.

dia mahu tunjukan kertas keputusan itu kepada mama dan papa. pasti mama dan papa bangga, fikirnya.

langkah diatur kearah tempat menunggu van sekolah. biasanya dia akan pulang dua jam lewat selepas tamat waktu persekolahannya.

kenapa?

van sekolah yang diupah untuk menjemputnya setiap kali pulang ke sekolah mempunyai jadual waktu tersendiri. oleh kerana Dayana tergolong diantara pelajar aliran agama, dia perlu pulang sedikit lewat daripada pelajar kelas aliran perdana.

trip bagi van sekolahnya hanya ada ketika pelajar aliran perdana pulang. sudah tentu gadis itu sentiasa tertinggal van sekolah.

jadi, dia perlu menunggu trip seterusnya iaitu bersama dengan pelajar kelas agama petang, sekolah rendah.

begitulah rutinnya setiap hari. biarpun hari panas mahupun hujan, dia tetap akan menunggu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

PAP! WAJAH pulas Dayana menyapa sesuatu. spontan gadis itu membuka kelopak matanya. wajah berang Puan Dhalila menyapa pandangan matanya.

terus gadis itu menukar posisinya kepada duduk. matanya digosok beberapa kali.

"aku balik rumah sahaja, kau tidur. aku balik sahaja, kau sedang tidur. apa yang penat sangat dekat sekolah itu?" soal Puan Dhalila. nada suara wanita itu lebih kepada marah.

"akak penatlah, mama." gumam gadis itu.

"penat, penat, penat! kau fikir aku balik kerja ini tak penat ke? kau itu pergi sekolah, belajar sahaja. lainlah aku ini! keluar cari duit. tolong papa kau yang sengkek itu!" bentak si ibu.

dahi Dayana ditunjal kasar.

"kau fikir aku tak penat ke? bangun awal pagi, keluar cari rezeki. sedangkan isteri orang lain, duduk rumah sahaja. suami dia yang pergi cari duit. kau itu patut bersyukur aku ini tolong bapak kau itu."

Puan Dhalila jeda. nafas diambil terlebih dahulu sebelum menyambung ayatnya.

"kalau aku ini tak kerja, kau fikir dengan gaji ciput bapak kau itu, korang boleh hidup mewah macam ini ke?" suara Puan Dhalila mula melunjak.

terhincut sedikit bahu Dayana akibat tempikan Puan Dhalila itu. sudahlah Puan Dhalila berdiri tempat dihadapannya.

"aku fikir... kalau aku balik rumah, rumah ini akan berkemaslah. ini tidak. sama sahaja!"

Dayana menarik nafas, dalam. senyuman kecil dipaksa menghiasi wajahnya.

"akak baru aja sampai rumah, ma. mama macamlah tak tahu van abang Faizul itu selalu jemput akak lambat. itu, anak lelaki mama itu. dia balik lagi awal daripada akak. kenapa mama marah akak seorang sahaja?"

Bintangku Where stories live. Discover now