ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ PAP!
BAHU kecil itu ditepuk kasar daripada belakang. spontan gadis itu menoleh kebelakang. wajah Ziyad menerpa pandangannya.
“termenung jauh nampak? teringatkan siapa?” tegur Ziyad daripada belakang.
Dayana hanya menggelengkan kepalanya. otaknya kosong. dia pun tidak pasti dengan apa yang difikirkan ketika itu.
“petang ini, awak ada apa - apa jadual? pergi ke medical center ke atau dewan kuliah ke?” soal Ziyad.
sekali lagi Dayana menggelengkan kepalanya.
“awak tak ada idea ke nak ke mana petang ini? saya bosanlah duduk rumah.” gumam Ziyad perlahan.
lelaki itu mula mengambil tempat kosong disebelah Dayana. kepalanya dilentokkan pada bahu si isteri.
“kau ada allergic dengan kucing?” soal Dayana dan Ziyad menggelengkan kepalanya.
“apa kata kita pergi tasik buatan itu petang ini? aku dengar ada festival dekat sana.” cadang Dayana.
“festival apa?”
“tak tahu tetapi ada macam - macam aktiviti nanti.”
Ziyad menompang dagu pada pundak Dayana. wajah gadis itu dipandang daripada tepi, “mana awak tahu?”
“Nur dengan Aidan pergi situ semalam. nampak macam best aja.” jawab Dayana. kekehan kecil kedengaran daripada bibir gadis itu.
“saya ingatkan awak mahu ajak saya ke pet shop tadi.” Ziyad mencebik. kepalanya kembali direhatkan pada bahu si gadis.
“bila pula aku mention pet shop? ” soal Dayana, bingung.
“dah itu, kenapa awak tanya perihal saya allergic kucing atau tak?”
“sahaja.”
“ingatkan nak bela seekor tadi.” cebik Ziyad. lengan Dayana dipeluk daripada tepi.
“nanti ajalah kalau mahu bela. daripada beli dekat pet shop lebih baik kau ambil sahaja street cats. kucing mahal ini leceh kalau mahu bela.”
“mana awak tahu kucing mahal leceh kalau mahu bela? awak pernah bela kucing ke?” soal Ziyad. menarik pula isu kucing ini.
“dekat rumah mama dengan papa ada seekor. nama dia kuah kari. tetapi dia kucing jalanan sahaja. cuma manja. lepas itu mengada dan kuat berak.” cerita Dayana.
senyuman kecil terbit pada bibir gadis itu. tiba - tiba dia rindukan ‘kuah kari’ pula.
“kenapa nama dia kuah kari pula?” lagi - lagi Ziyad bertanya.
“oh, sebab waktu aku fikirkan nama dia, aku tengah sarapan roti canai dengan kari kambing. kalau nak letak kari kambing karang, buruk pula.” jelas Dayana. kedua - dua bahunya dijungkitkan.
“tetapi papa approved apa nama dia.” tambah Dayana lagi.
bertambah lebar sengihan gadis itu. good old days, i guess?
“pelik - pelik sahaja awak ini.” gumam Ziyad perlahan.
dan perbualan mereka tamat disitu sahaja. tiada lagi celoteh daripada kedua - dua manusia itu. hanya bunyi kipas sahaja kedengaran.
“ha!” tiba - tiba sahaja Dayana menegakkan badannya. secara tidak langsung, kepala Ziyad terlorot jatuh.
Dayana menolehkan kepalanya kebelakang. Ziyad yang separa baring sambil menompang wajah menggunakan tangan itu dipandang.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...