010

330 38 5
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ SEMINGGU LEPAS kejadian dia dan Ziyad berjumpa ditasik buatan, dia langsung tidak bertemui dengan Ziyad.

entah kemana lelaki itu pergi pun dia tidak tahu. dia bukannya ada nombor telefon Ziyad mahupun apa - apa sosial media yang berkaitan dengan lelaki itu.

sebuah tablet dan beberapa buah buku memenuhi meja makan CU mart itu. disebabkan hari sudah pun beransur lewat, pelanggan disitu tidaklah terlalu ramai.

jadi dia boleh mengulangkaji pelajaran dengan aman. lagian pula, belajar pada waktu malam mudah hafal. nak faham pun senang.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

MALAM INI Shazreen tak ada. dia ambil cuti. kau okay ke jaga kedai seorang diri ini?” soal Omar.

“okay sahaja. bukannya ada kak ponti pun.” selamba sahaja Dayana menuturkan ayatnya.

“kau── mulut kemain celupar. kalau tak ada kak ponti, paling - paling momok ada.”

“kau jauh lebih merapu daripada aku.”  cebik Dayana.

“okay ah, aku nak gerak ke Hospital Kuala Lumpur. nanti apa - apa call sahaja aku.” pesan lelaki bernama Omar itu.

Dayana mengangguk. seterusnya, dia menemani pemergian Omar menggunakan anak matanya.

alah, setakat jaga kedai seorang - seorang apa ada hal. kalau ada momok, tinggal ketuk je guna batang penyapu.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

BUK!

sedang asik gadis itu mengulang kaji pelajaran, bunyi tin jatuh daripada rak makanan kedengaran. terus tegak sahaja badan Dayana.

keluhan kecil dilepaskan oleh Dayana. jam analog yang tergantung pada dinding kedai dikerling.

sudah hampir pukul 8 malam.

dia cuak. otaknya mula memikirkan perkara yang bukan - bukan. namun cepat - cepat dia menolak prasangka buruk itu.

barangkali tikus sahaja.

semakin disangkal, semakin prasangka buruk itu menyerbu dirinya. dia mula berfikir bahawa yang dibelakang sana ialah makhluk selain manusia.

bahkan jika mahu dikatakan pelanggan, bunyi loceng pada pintu masuk pun dia tidak dengar. mustahilah ada orang masuk ke dalam kedai itu.

entah - entah momok?

Dayana langsung menyerabutkan rambutnya. rimas dengan anasi - anasi buruk yang bermain di dalam mindanya.

terus gadis itu bangun. sebatang penyapu yang berada dibelakang kaunter diambil laku dibawa bersama. kaki mula diatur kearah rak makanan yang berada dihujung kedai.

setapak.

dua tapak.

tiga tapak.

gadis itu memanjangkan lehernya bagi meninjau apa yang berada disebalik rak itu. seraya dengan itu, dia mengangkat penyapu tersebut separa kepala── dipegangnya seperti memegang kayu baseball.

sekali lagi Dayana meninjau. secara tidak langsung, pandangannya bertaut dengan sesuatu. spontan penyapu yang dipegang olehnya itu dihayunkan.

“nyah kau daripada sini, momok!”

Bintangku Where stories live. Discover now