ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BONET KERETA ditutup oleh Ziyad selepas memasukkan semua barang. kemudian, Ziyad kembali melangkah masuk ke dalam rumah Puan Dhalila dan Encik Zahrin.
gadis bertudung shawl biru lembut itu dihampirinya. pinggang Dayana dirangkul kemas.
“Yad dengan Aya balik dahulu, ya? nanti kalau ada masa, kita orang datang lagi.” ujar Ziyad.
lelaki bertubuh tinggi itu melangkah kearah Encik Zahrin. tangan lelaki itu capai lalu dikucup kekura tangan bapa mertuanya itu.
kemudian, dia beralih pada Puan Dhalila pula. tangan ibu mertuanya itu diraih lalu disalami. lelaki itu memusingkan tubuhnya. Dayana yang masih berdiri itu dipanggil supaya menghampirinya.
“salam mama dengan papa, bintang.” ujar Ziyad.
gadis itu menurut. tangan Encik Zahrin dicapai. kekura tangan ayahnya itu dikucup ringkas. seterusnya, dia mencapai tangan Puan Dhalila.
baru sahaja dia mahu mengucup kekura tangan si ibu, wanita itu terlebih dahulu menarik tangannya. sontak Dayana mengangkat wajahnya.
“mengadakan kau sekarang? perlu ke Ziyad suruh kau salam baru kau nak salam aku? oh, lepas kahwin ini dah hilang hormat pada aku pula. macam itu ke, Dayana Zhalifah?” sinis Puan Dhalila berkata - kata.
Dayana hanya mendiamkan diri. langkahnya diundurkan beberapa tapak kebelakang. wajah ditundukkan memandang jari - jemari kaki yang berbungkus stokin itu.
“apa nak jadi dengan kau ini, Dayana? apa sebenarnya yang kau mahu? aku suruh kau habiskan degree medical, kau sibuk nak kahwin. kau tengok Rauha itu. dah jadi juruterbang pun masih belum kahwin lagi. kau yang belum graduasi ini pula beria nak kahwin.”
Dayana berdecit perlahan. mulalah wanita dihadapannya itu mahu membandingkannya. sedangkan mereka bergaduh hanyalah kerana hal kecil sahaja.
tetapi mengungkit macam kesalahan yang Dayana lakukan tersangatlah besar.
“Dhalila...” suara Encik Zahrin meleret. lelaki itu menegur isterinya.
“aku pun tak tahulah apa dosa aku sampai dikurniakan anak seperti kau. kan bagus kalau Rauha itu anak aku.” tambah Puan Dhalila. wanita itu melipat tangannya ke bawah dada.
“bukan ke Rauha itu memang anak mama? cara mama banggakan dia macam Rauha itu lahir daripada rahim mama sahaja.” kelutuk Dayana.
“mama bandingkan kakak dengan Rauha tetapi pernah tak kakak bandingkan mama dengan mummy Rauha? cuba mama bandingkan cara mama layan akak sebagai seorang anak dengan mummy Rauha layan Rauha sebagai seorang anak.”
“mummy Rauha teman Rauha belajar setiap hari. beri sokongan moral untuk Rauha, bantu Rauha kalau Rauha tak faham sesuatu topik dan tak pernah marah mahupun tinggikan suara dengan Rauha.” ujar gadis bertudung biru itu.
Dayana menyilangkan tangannya ke bawah dada. nafas berat dilepaskan.
“mama ada layan akak macam mummy Rauha layan Rauha? mama selalu fikir kalau tak berkeras dengan anak, dia tak akan jadi orang. mama tengok Rauha. sikit pun mummy dengan daddy tak pernah bentak dia. tetapi dia berjaya, kan?” soal Dayana.
“mama suruh papa rotan akak, pukul akak, marah akak hanya disebabkan hal - hal remeh temeh. hal - hal yang sepatutnya tak perlu mama kisahkan pun. Rauha itu sikit pun tak pernah kena pukul dengan mummy dan daddy dia. apa lagi mama mahu cakap?”
“sepatutnya peran seorang ibu itu menjadi rumah paling nyaman buat anak mereka biar mereka tak ragu buat bercerita dengan ibu mereka.”
Dayana berhenti mengeluarkan suara. nafasnya tersangkut pada kerongkongnya. tubir matanya turut terasa panas ketika itu.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...