ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ LAMANYA TAK jumpa Ayaa!" girang suara Nur memenuhi ruang tamu rumah itu.
tubuh gadis berambut paras tengkuk itu dipeluk erat. boleh dikatakan hampir dua bulan selepas majlis perkahwinannya berlangsung, dia tidak bersua dengan Dayana.
Dayana hanya senyum segaris. dia turut membalas pelukan Nur. diusap lembut belakang tubuh sahabatnya itu.
lama mereka dalam keadaan begitu. beberapa minit kemudian, pelukan terlerai. bahu Dayana ditumbuk kasar oleh Nur.
“kau tak cakap pun yang kau nak kahwin dengan Ziyad. fake friend betul.” sindir Nur.
“aku pun tak tahu. semua benda berlaku dengan cepat. aku pun tak boleh nak cakap.”
“tak apalah, weh. percaya sahaja dengan percaturan Allah. Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.”
segaris senyuman diukir buat Nur. gadis itu menarik Nur duduk dikerusi meja kopi yang berada diluar rumah Puan Aida. meja kopi itu betul - betul menghadap kolam renang.
“sebenarnya ada beberapa perkara yang aku risaukan.” keluh Dayana.
tangannya naik dibawa ke rambut. dikuakkan kebelakang rambutnya menggunakan jari - jemarinya.
“aku takut pilihan aku salah. walaupun aku tak berharap apa - apa dalam perkahwinan ini tetapi aku yakin yang umi mesti mengharapkan cucu daripada dua orang anak lelaki dia.”
“tetapi Nur... aku takut anak - anak aku nanti dapat ayah yang salah. maksud aku, mereka tak boleh pilih siapa ayah mereka tetapi aku boleh. aku tak tahu kalau Ziyad adalah pilihan yang tepat atau bukan.” luah Dayana panjang lebar.
keluhan berat terlepas daripada pagar bibir Dayana. pandangannya dibuang kearah kolam yang berada dihadapan mereka.
“Aya, aku── aku tak pernah fikir macam itu. aku tiba - tiba rasa bersalah untuk anak - anak aku di masa hadapan. aku hanya fikir siapa yang bakal mendampingi aku dan bukan siapa yang bakal mendidik anak - anak aku nanti.” ujar Nur. suaranya bergetar sedikit.
Nur menoleh kearah Dayana. wajah gadis itu dipandang, lama, “am i a selfish person, Aya? aku langsung tak terfikir tentang ini.”
“no, you aren't. apa kau merapu ini?” laju sahaja Dayana membidas.
“i mean Aidan dia──”
“aku tak rasa Aidan is a bad person. tengok daripada cara umi dengan abah dia besarkan Aidan. umi dengan abah besarkan Aidan dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik.” ujarnya.
sejujurnya, dia cemburu dengan Aidan dan Ziyad. cara mereka dibesarkan berbeza jauh dengan cara dia dibesarkan.
“okay then, macam itulah Ziyad. macam yang kau kata, umi dengan abah dah besarkan Aidan dengan lebih baik daripada kata baik. samalah macam Ziyad. apa yang kau nak risaukan?” Nur memulangkan paku buah keras.
urgh, dia tertangkap. licik betul Nur Shaliya Iman ini.
pap!
bahu Nur dipukul kasar, “kau sengaja mahu kenakan aku bukan?”
bingkas Dayana bangun. sempat dia menjeling kearah Nur. tidak lupa juga untuk menjelirkan lidahnya kepada gadis itu.
Dayana menapak terlebih dahulu. dia masuk masuk ke dalam untuk mencari Ziyad. hari sudah pun lewat malam. dia perlu pulang ke rumah sewanya semula.
bum!
tubuhnya berlaga dengan sesuatu. hampir sahaja Dayana jatuh menyembah tanah namun dia lebih pantas menangkap tubuh Dayana.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...