ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ HUJUNG BIBIR si gadis terjungkit sedikit. panas pula ruang tamu pada malam ini.
“alahai, Yad. mesti penatkan drive daripada KL kesini?” soal Puan Khalijah.
“tak adalah makcik, saya okay sahaja.” ujar Ziyad bersama dengan kekehan kecil diakhir ayat.
“eh, janganlah panggil makcik. panggil uwan. Yad sebaya dengan Nana kan?”
“tak adalah. saya tua dua tahun daripada Aya.”
“ouhlah, ingatkan sebaya tadi. macam mana boleh kenal? satu universiti ke?” soal Puan Khalijah lagi.
Dayana berada dihujung ruang tamu mulai rimas. kenapalah Ziyad mesti datang ke sini? kemana dia pergi, disitu juga ada Ziyad. ingat tak rimas ke?
gadis itu bangun daripada duduknya. langkah diatur kearah bilik tidur. tidaklah jauh, bilik tidurnya terletak diruang tamu juga.
pintu bilik ditolak. belum sempat dia melangkah masuk ke dalam, uwan lebih pantas memanggil namanya.
“kakak nak ke mano itu? mehlah sini duduk berbual dengan Ziyad.” ujar Puan Khalijah.
Dayana mengetap rahang. niatnya mahu melarikan diri daripada Ziyad jadi terbantut. daun pintu kembali ditutup. seterusnya, tubuh dipusingkan menghadap kearah dua manusia itu.
“kau dah makan? kalau belum aku boleh tolong sediakan.”
“belum lagi. awak dah makan?” giliran Ziyad pula menyoal.
“dah.”
Ziyad kembali menoleh kearah Puan Khalijah, “Yad pergi makan dahululah, uwan. nanti kita berbual lagi.”
Puan Khalijah mengangguk. senyuman kecil diukir buat jejaka bernama Ziyad itu. kemudian, wanita paruh baya itu menoleh kearah cucunya pula.
“kakak ini janganlah garang sangat. takut si Ziyad itu nanti.” ujar Puan Khalijah.
Dayana mencebik. seketika kemudian, dia mendongak untuk melihat Ziyad yang berdiri disampingnya itu. seterusnya, Dayana kembali memandang kearah Puan Khalijah.
“mana ada. akak elok aja.”
“iyolah itu. caro bocakap pun kasar uwan dongar eh. cubolah panggil Ziyad itu abang ko, awak ko. lombut sikit dongar eh.” ” tambah Puan Khalijah lagi.
laju sahaja Dayana pasang wajah geli. memang tidaklah dia mahu memanggil Ziyad dengan panggilan abang.
geli.
“tak mahulah, uwan. goli sei mondongar eh.” bidas Dayana.
sempat dia menjeling Ziyad sebelum dia membuka langkah. Ziyad juga membuka langkah bagi mengikuti Dayana kearah Dapur.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
PINGGAN YANG berisi nasi itu dihulurkan kepada Ziyad. lelaki itu terus meletakkan telefon pintarnya ketepi lalu menyambut huluran Dayana.
“cukup tak nasi itu? kalau tak cukup aku boleh tambah lagi.” soal Dayana.
“cukup. saya bukannya makan banyak sangat pun.”
Dayana mengangguk. kerusi yang berada dihadapan Ziyad ditarik lalu dilabuhkan punggungnya disitu.
tablet dikeluarkan lalu diletakkan keatas meja. sementara menemani Ziyad makan, bolehlah dia mengulangkaji sedikit.
“awak duduk sini berapa lama?” soal Ziyad.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfic★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...