ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ ZIDDANE, JANGAN lari! Nanti jatuh!” laung Dayana.
Baru sahaja Dayana menegur, anak lelaki itu sudah pun tersungkur jatuh. Namun nasib sahaja Ziyad sempat menangkap tubuh kecil itu daripada belakang.
Dayana berlari mendapatkan Ziyad dan Ziddane. Tubuh nak kecil yang berada dalam dukungan Ziyad itu diambil.
Wajah comel itu dielus lembut, “Kan mama dah kata jangan lari - lari. Nasib tak jatuh.”
Ziddane tersengih kecil. Wajahnya disembamkan pada ceruk leher si ibu. Perangai sebijik betul macam si ayah. Suka sorok muka pada ceruk lehernya.
“Cowwi, mama.” ucap anak kecil itu bersama dengan pelatnya.
Ziddane Najmi anak kecil yang baru sahaja menginjak usia 2 tahun. Rupa parasnya sama seperti Ziyad. Bahkan perangainya turut mengikuti perangai si ayah.
Dayana melagutkan kepalanya. Wajah Ziyad dipandang sebelum wanita itu menghulurkan tangan kepada Ziyad untuk disalam.
Tanpa berlengah, tangan kecil itu disambut. Kekura tangan Ziyad, Dayana kucup ringkas. Sengihan kecil terbit daripada bibir si isteri.
“Lambatnya balik. Awak beli barang nak buat kek ke awak pergi buat kek?”
“Jalan jammed lah, bintang. Lepas tu budak kecik ni kemain lagi dia paw duit saya.” ujar Ziyad. Pipi gebu anak lelakinya itu dicubit lembut, geram!
Si ibu memandang ke arah Ziddane. Anak kecil itu sudah pun menyungging sengih, “Mana ada!”
Sepasang suami isteri itu mengekehkan tawa. Tangan kekar milik Ziyad naik mengusap kepala Ziddane. Kemudian, tangan itu turun pada pipi Ziddane. Sekali lagi pipi anak lelakinya itu menjadi mangsa cubitan.
“Iyalah, memang aiskrim Iedan tadi... Aswad yang makan.” kutuk si ayah.
Kalau perangai yang satu ini, turun daripada Dayana pula. Pantang sahaja nampak kedai aiskrim, pasti anak kecil itu akan menarik tangan Ziyad supaya mengikutinya ke kedai aiskrim.
“Dah, dah. Pergi tukar baju dengan abi. Lepas tukar baju, turun semula.” arah Dayana. Ziddane diturunkan ke bawah.
Dengan langkah tertaktih, Ziddane berjalan ke arah tangga. Diikuti dengan Ziyad yang berjalan dibelakang anak kecil itu.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
TEPUNG DITUANGKAN ke dalam adunan mengikut sukatan yang diberikan dalam resepi masakan. Seterusnya, Dayana mengadun adunan tersebut.
Sepasang tangan kekar melingkar pada pinggang Dayana. Dagu, Ziyad rehatkan pada bahu si isteri. Pipi kiri Dayana dikucup sekilas.
“Kalau nak mengada, nanti - nanti aja. Saya nak──”
“Abi!” lantang suara Ziddane kedengaran.
Dengan tenaga yang tidak seberapa, Ziddane cuba untuk menolak tubuh Ziyad. Namun apakah daya, sudah tentu Ziyad tidak berganjak sedikit pun daripada tempatnya.
Ziyad menjatuhkan pandangannya pada Ziddane. Jelas pada wajah si ayah kelihatan tidak puas hati. Hujung bibirnya ternaik sedikit.
“Anganlah eyuk mama!” kaki jinjang itu dipukul oleh Ziddane.
Si ayah mengeluh kecil. tubuh Ziddane diangkat lalu diletakkan ke atas meja. Pipi gebu itu dicubit oleh Ziyad. Geram!
Tak boleh betul nak bagi chance dia mengada. Mesti budak kecil akan datang mengganggu ketenteramannya dan Dayana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bintangku [ edited ]
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) "sometimes open up its not that bad, bintang." -77141 words
![Bintangku [ edited ]](https://img.wattpad.com/cover/359221808-64-k525869.jpg)