011

313 36 6
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ ❝ BISINGLAH, CHOT! jangan sampai aku baling kau.” laung satu suara. tidaklah nyaring, tidaklah lembut. namun masih kedengaran berang.

“apa salah aku? kan aku kejut kau orang aja.” ujar gadis yang digelar ‘Chot’ itu dengan wajah polos.

“ee, kau──”

“Man, sabar tho. mati anak orang kalau kau bantai kang.” sampuk seorang gadis. tubuh Iman dipeluk erat supaya tidak lepas untuk memukul Chot.

“biar! ada kejut orang bangun tidur guna periuk dengan sudip. lambat laung, pekak aku.” berang Iman. tubuh sahabatnya itu ditolak kasar bagi meleraikan pelukan mereka.

“agak - agak ah, Chot. periuk dengan sudip? kau nak bagi jiran sebelah rumah dengar ke apa?” soal seorang lagi gadis.

gadis itu melangkah menuruni anak tangga lalu berjalan kearah ruang tamu. Irisy Zhulaiqa, Nuriman Nadrah dan Siti Marissa Qaisara sudah pun berada disitu.

pagi - pagi lagi dah bertengkar.

“Dianah! bila bangun?” soal Marissa kepada gadis bernama Dianah Haniesya itu.

“baru je lagi, Chot. terjaga sebab ada orang itu ketuk bontot periuk dengan sudip. nyaring kemain bunyi dia.” sindir Dianah.

sudah tentu si pelaku ialah Marissa. siapa lagi kalau bukan gadis itu yang selalu membuat riuh rumah tersebut.

“eh, Jaja dengan Fariesha mana? tak akan tak bangun lagi?” soal Irisy. baru dia sedar akan ketidakhadiran dua orang rakannya itu.

“ha'ahlah. mana pergi roomate kau itu, Na?” soal Iman kepada Dianah.

“Jaja dah bangun dah. cuma dia tengah belek - belek buku. Fariesha aku tak tahu.”

Dianah mula melangkah kearah sofa. seterusnya gadis itu melabuhkan punggungnya disitu. lengan baju Iman ditarik kasar. langsung terduduk anak dara orang itu.

“Fariesha dah balik rumah ibu dia dekat Ipoh, Perak sana. tak silap aku malam tadi ibu dia jemput. time itu korang semua dah kiok dah.” jawab Iman selaku roomate Fariesha.

“ouh, ha'ah. dah cuti sem.” gumam Dianah perlahan.

“ha, cuti semester ini kau orang tak ada mahu kemana - mana?” soal Irisy. gadis itu udah pun melabuhkan punggung disamping Marissa.

“balik rumah umi kot. nak melawat abah.” ujar Dianah.

“kerjalah weh, aku bukannya ada kereta pun nak balik ke Johor sana.” kini, Iman bersuara.

seterusnya, Irisy menolehkan wajahnya kearah Marissa. gadis itu sahaja yang masih belum menjawab soalannya tadi.

“apa?” soal Marissa bingung. kesemua wajah yang ada diruang tamu itu dilewati satu per satu.

“kau balik mana cuti sem── eh! alahai, kau dah kerja. nak cuti semester apa bendanya.” ujar Irisy diakhiri dengan kekehan tawa.

lupa pula. hanya Marissa seorang sahaja yang sudah bekerja. selainnya, masih lagi melanjutkan pelajaran di Universiti.

“tahu pun kau. kalau aku cuti, aku jamin. kedai aku rentung habis.” jawab Marissa bersama dengan kekehan tawa diakhirnya.

“melayang duit Chot yang berkepuk - kepuk itu.” tambah Iman lagi.

makin galak mereka tertawa. Dianah sudah pun merebahkan diri pada riba Iman── kelakar mendengar lelucon Iman.

“eh, anyways. kau perasan tak lelaki yang hantar Jaja balik tempoh hari? dia dah ada boyfriend ke weh?” soal Marissa tiba - tiba.

Bintangku Where stories live. Discover now