ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ WAJAH DISEMBAMKAN keatas meja. kepalanya digelengkan ke kiri dan ke kanan. penatnya, ya Allah.
“kalau penat, rehatlah. jangan paksa diri itu sangat.” tegur Ziyad. kerusi kosong disamping Dayana menjadi mangsa punggung lelaki itu berlabuh.
“mana boleh. tak lama lagi nak exam akhir semester.”
“sekarang dah pukul 1 pagi, bintang. tidurlah dahulu. esok boleh sambung lagi.” pujuk Ziyad. tangan lelaki itu naik mengelus belakang tubuh Dayana.
“kalau awak mahu tidur, pergilah tidur dahulu. kejap lagi saya masuk bilik.”
Ziyad mengeluh kecil. laptop yang berada dihadapan Dayana dikatup. sama juga dengan tablet milik gadis itu. laju sahaja Ziyad matikan. buku - buku yang berada diatas meja makan itu dia kemas lalu disusun rapi atas meja tersebut.
si gadis tercengang. hampir sahaja jatuh rahang Dayana dengan tindakan tiba - tiba Ziyad itu. wajah dikalihkan kearah Ziyad.
“masuk tidur dahulu, bintang. esok boleh sambung lagi. bukannya awak ada kuliah pun esok.” tegas Ziyad.
mahu tidak mahu, Dayana terpaksa menghentikan sesi mengulangkaji pada malam itu. Ziyad nampak jauh menakutkan apabila tegas begitu.
macam manalah anak murid Ziyad boleh hadap dia hari - hari.
Dayana melangkah turun daripada kerusi. kerusi tersebut ditolak masuk ke dalam meja sebelum dia berlari anak kearah bilik tidur mereka.
daun pintu dibuka lalu dikatup rapat sebelum Ziyad sempat melangkah masuk ke dalam bilik. dia mahu merajuk dengan Ziyad!
klak.
bunyi pintu dibuka lalu dikatup semula. bunyi derapan kaki Ziyad turut kedengaran. ruang kosong disebelahnya terasa mendap.
kemudian, tangan kekar lelaki itu sudah pun melingkar kemas pada pinggang Dayana, “tak baik tidur membelakangi suami.”
Dayana diam. dalam keterpaksaan, gadis itu memusingkan tubuhnya. sejurus itu, matanya dipejam rapat── tak mahu bertentang mata dengan Ziyad.
“saya bukannya tak mahu awak berjaya, bintang. bahkan saya bangga kalau awak berjaya nanti. cuma saya tak mahu bintang saya ini sakit. awak berlajar terlalu keras. janganlah paksa diri itu.” ujar Ziyad.
gadis yang berada dalam dakapannya itu dipandang penuh kasih.
“lepas ini saya tetapkan had untuk awak. no more study until tengah malam. kalau awak nak study, bangunlah waktu tiga perempat pagi.” tegas Ziyad.
Dayana menggumam kecil. entah mahu bersetuju dengan Ziyad ataupun tidak.
lelaki itu mengeluh, “jangan sampai sakit, bintang. saya tak suka.”
lagi - lagi Dayana menggumam kecil. terasa hangat ubun - ubunnya apabila ulas bibir Ziyad mendarat disitu.
seketika, kelopak matanya dibuka. wajah dilagutkan bagi menatap wajah Ziyad, “esok pagi papa ajak balik rumah dia. tidur situ untuk satu malam.”
“awak nak balik rumah mama ke?”
Dayana menjungkitkan bahunya. dia juga tidak pasti dengan jawapan bagi soalan Ziyad itu.
“tetapi awak tak pernah pergi rumah mama. tak ada niat nak usha rumah mama dengan papa ke?” soal Dayana.
“boleh juga. kalau awak selesa mahu berjumpa dengan mama dan papa, saya okay sahaja. saya takut mama berkasar pada awak lagi.” ujar Ziyad.
cukuplah dia menjadi saksi betapa teruknya gadis itu terluka akibat ulah darah dagingnya sendiri.
“as long im with you, im safe.” tutur Dayana. perlahan tetapi masih lagi boleh didengari oleh Ziyad.
YOU ARE READING
Bintangku
Fanfiction★ Way Back Home Series ( i ) ── DAYANA ZHALIFAH seorang gadis yang tidak tahu erti meminta. sejak daripada kecil, gadis itu di didik untuk sentiasa berdikari dan tidak boleh mengeluh. bagi orang tuanya, anak kecil tiada masalah yang begitu rumit seh...