040

264 33 12
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ  SEPERTI YANG dijanjikan oleh Ziyad, lelaki itu membawa Dayana ke sebuah tempat yang kurang gadis itu ketahui.

dia pun tidak tahu kini mereka berada dimana. sepanjang perjalanan tadi, Dayana hanya tidur. dia terlalu mengantuk untuk menemani Ziyad memandu.

ini semua kesan akibat melepak dekat tasik daripada pukul 12 malam hinggalah 2 pagi.

“kita dekat mana?” soal Dayana.

Ziyad hanya mengukirkan senyuman nipis. lelaki itu mula membuka pintu kereta. sebaik sahaja dia melangkah keluar, dia berjalan ke pintu sebelah penumpang. pintu buat Dayana dibuka.

gadis itu melangkah keluar daripada perut kereta. sebuah rumah banglo dua tingkat menyapa pandangan gadis itu.

kemudian, anak matanya jatuh pada papan tanda yang melekat elok pada dinding pagar.

Teratak Madina.

Dayana mengerutkan dahinya. Teratak Madina? rumah skandal Ziyad ke? getus hati si gadis.

gadis mula mengejar langkah Ziyad. sejak bila entah lelaki itu sudah mula meninggalkannya. sebaik sahaja langkahnya menyamai Ziyad, pergelangan tangan suaminya itu dipegang.

“ini rumah siapa?” soal Dayana.

lagi - lagi Ziyad mendiamkan diri. lelaki itu hanya mengores senyuman buat si isteri.

gadis berambut pendek itu mencebik. lelaki itu sedikit pun tidak mahu bercakap dengannya. diam sahaja. macam sedang sembunyikan emas di dalam mulutnya itu.

setiba sahaja diberanda rumah, Ziyad membuka kasutnya. Dayana turut melakukan perkara yang sama. seterusnya, sepasang kasut Converse milik Dayana diambil oleh lelaki itu.

dua pasang kasut itu disusun ke atas rak. sejurus itu, lengan Dayana dipegangnya. ditarik gadis itu supaya mengikuti langkahnya.

“assalamualaikum, bonda.” laung Ziyad.

berkerut seribu ruas dahi Dayana. kepala dilagutkan bagi memandang wajah Ziyad daripada samping.

tak lama kemudian, seorang wanita paruh baya muncul dimuka pintu. wanita itu hadir dengan senyuman manis diwajahnya.

“waalaikummussalam. ya Allah, Yad. kenapa datang tak beritahu bonda dahulu?” soal wanita itu.

“sahaja nak buat surprise. ha, bonda terkejut tak?” soal Ziyad, melawak.

“ish, budak ini. ingatkan badan itu makin tinggi, otak ikut luas. rupanya makin tinggi, makin sempit otak itu.” kelutuk wanita itu.

kemudian, kedua - dua manusia itu menghamburkan tawa, “tak baik kata macam itu, bonda. Yad baliklah macam ini.”

lelaki itu mencebik. wajahnya dibuang ke sebarangan tempat. mahu merajuk dengan bonda.

“astaghfirullahalazim, budak ini. dah tua bangka pun perangai tak berubah. haih, masuklah anak bonda.” pelawa wanita yang bergelar bonda itu.

kekehan turut kedengaran daripada mulut wanita itu. seketika, pandangan bonda tertumpu pada gadis yang berada disamping Ziyad. semakin lebar senyum yang terukir.

“ini Aya ke? isteri Ziyad?” soal bonda. wajahnya tidak lepas daripada memandang Dayana.

“inilah Aya, isteri Yad yang selalu Yad cerita itu.” ujar Ziyad. tangannya beralih merangkul pinggang Dayana.

“bintang, ini bonda. dialah yang jaga saya waktu kecil dahulu.” ujar lelaki itu lagi.

bertambah bingung Dayana apabila Ziyad memperkenalkan bonda kepadanya. siapa sebenarnya bonda dan apa peran wanita itu?

Bintangku Where stories live. Discover now