043

236 35 4
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUNYI RIUH yang terhasil daripada penghuni Teratak Madina itu jelas kedengaran. beberapa orang kanak - kanak asik bermain kejar - kejaran dihalaman rumah banglo itu.

selepas sahaja makan tengah hari, Dayana mengambil keputusan untuk duduk diluar rumah bersama dengan Ziyad.

dia mempunyai pelbagai jenis soalan yang mahu ditanyakan kepada lelaki itu.

"yang rambut panjang paras pinggang itu, Haura. dia baharu sahaja genap lima tahun." ujar Ziyad. secara tak langsung, membuka cerita kepada Dayana.

"yang rambut separas bahu itu, Baheera. tahun ini Baheera dah genap sebelah tahun." ujar Ziyad lagi.

kemudian, jarinya ditundingkan kearah seorang kanak - kanak lelaki bertubuh kecil dan berkulit putih susu.

"itu Yousuf. dia baru lapan tahun tetapi disebabkan dia pandai, sekolah biarkan dia naik darjah empat terlebih dahulu. dia skip darjah 2 dan darjah 3." cerita Ziyad lagi.

"yang sebelah Yousuf itu, Farhan. dia sebaya dengan Baheera. cuma Farhan itu lain sikit. awal dia masuk sini, dia lah paling diam sekali. sekarang awak tengoklah, dia yang riuh." ujar Ziyad berakhir dengan kekehan kecil.

kepalanya digelengkan beberapa kali. lucu apabila mengenangkan semua kisah awal pertemuan Ziyad dan anak - anak itu.

"ada lagi 3 orang tetapi diorang sekolah menengah. jadi balik lewat sedikit. yang seorang itu tahun ini SPM... lelaki. nama dia Amru."

"lagi dua orang itu perempuan. seorang tingkatan empat seorang lagi tingkatan dua. yang tingkatan empat itu nama dia, Mawaddah. yang tingkatan dua itu Basyeera. Baheera dan Basyeera adik - beradik." lagi - lagi Ziyad bercerita.

Dayana disebelah hanya mendengarkan lelaki itu. tersengguk - sengguk gadis itu mengangguk── mengiyakan apa yang keluar daripada mulut Ziyad.

"waktu kau duduk sini, ada berapa ramai penghuni Teratak Madina ini?" soal Dayana. gadis itu berkenan mahu mengetahui cerita lanjut.

"tak ramai. ada dalam 6 orang termasuk saya. waktu itu saya nombor dua paling tua." jawab Ziyad.

"ah, kau tak mahu cerita tentang mereka?" soal Dayana penuh minat.

"waktu itu saya rapat dengan Raiz. Raiz kawan abang Aidan itu. saya tak tahulah awak perasan ke tak tetapi dia ada waktu majlis kahwin Nur dan abang Aidan dulu." jelas Ziyad.

"boleh aku tahu macam mana dia boleh ada dekat sini?"

"mak dengan ayah dia meninggal waktu umur dia tiga tahun. pada mulanya makcik dia yang sepatutnya jaga dia. cuma makcik Raiz itu tak ikhlas pun mahu jaga Raiz. dia cuma mahukan duit peninggalan arwah ibu dan ayah Raiz sahaja." cerita Ziyad.

berdasarkan apa yang Raiz cerita, itulah yang diceritakan semula kepada Dayana.

"yang lain itu saya kurang rapat tetapi rapatlah. cuma tak serapat macam saya dengan abang Raiz. kalau saya ada masalah waktu sekolah, saya selalu cerita pada abang Raiz." tambah Ziyad lagi.

Dayana hanya mengangguk. seketika kemudian, fikirannya mula melayang. belum sampai sehari lagi dia berada di Teratak Madina itu tetapi pelbagai jenis cerita sudah gadis itu ketahui.

dia mula berfikir sejenak. dia cuma kurang perhatian dan kasih sayang mama dan papa. sedangkan kisah Ziyad, jauh lebih sadis daripada kisahnya.

lelaki itu lahir tanpa bapa. ibunya juga tidak mahu membesarkannya dan membiarkan Ziyad membesar dengan wanita asing. sedangkan waktu Dayana sebaya dengan Ziyad, mama masih lagi memberikannya susu badan.

Bintangku Where stories live. Discover now