041

242 32 13
                                    

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ BUM! DAUN pintu dihempas kasar oleh Dayana. kedua - dua belah pipinya dipegang oleh gadis itu.

gila, sungguh dia malu. tangannya dikibas - kibas dihadapan muka── dengan harapan bahang panas hilang daripada wajah gadis itu.

namun nihil. gadis itu semakin memikirkan perkara yang barusan sahaja berlaku beberapa minit lepas.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

“PEDIH KE?” soal Ziyad khawatir. bibirnya dibawa dekat pada hujung bibir Dayana. ditiup lembut kawasan luka isterinya itu.

sekali lagi jantungnya berdebar hebat. posisi wajahnya dengan Ziyad sekarang terlalu dekat. bahkan jika ada yang masuk ke dalam bilik itu, pasti mereka akan dituduh sedang bercumbu.

Ziyad turut merasakan perkara yang sama. anak matanya nak menatap manik mata Dayana. wajah gadis itu jelas kelihatan merona.

“Jie──”

entah sejak bila, ulas bibir lelaki itu sudah pun mendarat diatas bibir si gadis.

Dayana terkedu. semuanya berlaku secara tiba - tiba. otaknya turut bingung ingin memberi tindak balas apa kepada impuls sarafnya. sama bingung seperti dirinya.

Ziyad kembali menjarakan diri mereka. lelaki itu turut membuang pandangannya ke sebarangan tempat. dia sama - sama malu dengan Dayana.

anak rambutnya dimain menggunakan jari. bibir turut dikemam. sungguh dia malu ketika itu.

“aku mahu keluar.” ujar Dayana.

baru sahaja gadis itu ingin bangun, Ziyad terlebih dahulu menahan tubuh kecil itu. secara tak langsung, Dayana kembali duduk diatas katil tersebut.

“nanti dulu. luka atas kening awak itu... saya belum sapu ubat lagi.” ujar Ziyad.

“oh, okay.”

suasana mula bertukar janggal. kedua - duanya terus mendiamkan diri sehingga kerja membersihkan luka gadis itu selesai.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

DAYANA MENGGELENGKAN kepalanya laju beberapa kali. tak boleh diterjemahkan betapa malunya dirinya sekarang.

rasa macam nak celup kepala dalam baldi air sahaja.

gadis itu mula membuka langkah meninggalkan bilik tersebut. kakinya mula menapak menuruni anak tangga.

ruang tamu menjadi tujuan utama Dayana. hatinya bersorak gembira. lega apabila tiada orang diruang tamu rumah banglo tersebut.

dia terlalu malu untuk bercakap dengan orang - orang. dia terlalu malu untuk melakukan semua perkara.

ini semua salah Ziyad! dia benar - benar mahu mengetuk kepala lelaki bertubuh tinggi itu sekarang.

Dayana berjalan kearah sebuah meja hiasan. terdapat pelbagai jenis bingkai yang mempamerkan sijil, plak dan piala. gadis itu jadi tertarik mahu membelek satu persatu benda itu.

tangannya berhenti dihadapan sebuah piala. ukuran piala itu agak besar. terus gadis itu mengambil piala tersebut.

“kapten pasukan bola sepak terbaik tahun 2015, Ziyad Nufa'el bin Abdullah.” sebaris ayat yang tertera pada bawah piala itu dibaca.

Bintangku Where stories live. Discover now