BAB 1

250 35 15
                                    

"Kakak? Awak betul-betul nak hold dulu untuk semester ni? Confirm nak extend ke tahun depan? Taknak masuk kampus lagi?" soal Puan Zalia kepada anak sulung perempuannya. Bertalu-talu soalan yang dilontarkan kepada Absarina.

Sebagai ibu, Puan Zalia sememangnya bimbang dengan keadaan anaknya, lebih-lebih lagi apabila kesakitan yang dialami Absarina Nelliya merupakan kesakitan yang berpusat di kepalanya, sekali gus menjejaskan keadaan fizikal anak sulungnya itu.

Absarina mengangguk laju. "Betul ibu, Rin taknak masuk kampus lagi. Rin dah emel surat permohonan untuk hold semester ni. HEP dah luluskan permohonan Rin," jawab Absarina dengan tenang.

Dia tahu ibunya sedang risau dengan keadaan dirinya, tapi, apa boleh buat? Cuma dirinya sahaja yang tahu apa yang berlegar-legar dalam kepala.

"Bukan apa...ibu risau," balas ibunya dengan nada yang lembut.

"Ish, apa ibu ni...kakak ni kan cantik, comel, dan kuat," gurau Absarina. Dia tidak mahu ibunya rasa terlalu risau terhadap dirinya.

"Kakak nak naik atas dulu tau ibu, belum mandi lagi ni. Bau pun dah macam bau kambing," sambung Absarina.

"Haah betul tu kakak, sampai sini bau. Kalau kambing bau kau kak, diorang pun taknak mengaku kakak ni kawan diorang," sampuk adik bertuahnya, Afeef Zahran.

"Afi tahu tak, kalau Afi cakap akak kambing. Afi tu dua kali ganda kambing. Sebab apa? Sebab Afi anak nombor dua. Bye!" Absarina menjegil tajam kepada adiknya. Geram sungguh dia dengan Si Afi ini.

Kaki Absarina bergerak laju ke biliknya, mulutnya membebel dek masih geram dengan Afeef. Dia masuk ke dalam bilik dan menutup daun pintu dengan perlahan-lahan.

"Pergh, aku ni betul-betul bau macam kambing. Baik aku mandi cepat, lepas ni nak solat pula," gumam Absarina sendirian.

Beberapa minit kian berlalu, Absarina sudah pun selesai membersihkan diri. Sejadah dibentang di hadapannya untuk melaksanakan tugas wajibnya sebagai hamba Allah SWT. Setelah beberapa minit berlalu, salam diberi menandakan solat Zuhur kini selesai.

Kini, tangannya membelek-belek naskhah Al-Quran yang berada di atas rehal. Suara lembut Absarina mengalunkan Surah Al-Mulk.

Ketukan pada pintu biliknya menghentikan bacaan Absarina. "Ya?" soal Absarina kepada orang yang berdiri di sebalik pintu biliknya.

"Rin, ibu nak minta tolong boleh?" Pertanyaan Absarina dijawab ibunya.

"Tolong apa ibu?"

"Tolong buangkan katak pisang dari bilik ibu kejap. Ibu geli-dah la katak tu warna hijau...eee," rungut Puan Zalia.

Absarina gelak kecil. "Haiya mami, katak pun takut ke?"

Berani sungguh dia berkata begitu, padahal dia pun geli dengan katak. Kulit katak yang berlendir dan basah serta kakinya yang melekat bak gam gajah. Bayangan dalam imaginasi Absarina sudah cukup untuk membuat bulu romanya meremang.

Pintu bilik ibu dan ayahnya dikuak luas. Sungguh tenang katak itu berehat di atas bantal yang empuk. Absarina mengambil tuala lalu dia perangkap katak itu di bawah tuala.

"Ya Allah, geli," menyeringai kulit Absarina apabila dia rasa katak itu bergerak dalam genggamannya.

Absarina genggam tuala itu dengan kemas, dia takut kalau katak itu cuba untuk meloloskan diri.

"Pop!"

Mata Absarina bertentang dengan mata ibunya, Puan Zalia, lalu dia melihat ke arah tangannya yang sedang menggenggam tuala itu dengan kemas.

"Ibu, katak ni pecah," Absarina memandang muka ibunya dengan riak muka yang tidak selesa.

"Hah? Pecah?" MashaAllah," ternganga Puan Zalia, ganas betul anak sulungnya ini.

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang