Sudah beberapa hari Absarina berfikir tentang tawaran kerja daripada emak saudaranya. Tetapi, butang hijau untuk mendail Mak Su Ina masih tidak ditekan. "Tak apa ke kalau aku terima tawaran ni? Tapi aku pun nak try kerja, nak cari pengalaman," gumam Absarina sendirian.
Absarina melangkah keluar dari biliknya dan berjalan ke ruang tamu. Pandangannya diisi dengan keluarganya yang sedang menonton filem seram iaitu "Roh". Keluarga Absarina memang suka tonton filem seram bersama-sama pada waktu petang.
"Ibu...ayah...,"
"Ya, kakak?" jawab ibunya kemudian ayahnya memusingkan badan ke arah Absarina, tanda ayahnya sedang mendengar.
"Err...kakak nak ajak ibu dengan ayah bincang boleh?" tanya Absarina dengan muka yang gementar. Dia tidak bermaksud untuk menonjolkan muka gementarnya, tetapi apakan daya, ekspresinya langsung tidak dapat disembunyikan.
"Kenapa kau nampak nervous sangat ni kak? Kakak nak kahwin ke?" sampuk Afeef.
"Eh...apa Afi ni, bukanlah," jawab Absarina sambil menjeling tajam tepat ke dalam tatapan Afeef.
"Hehe maaf kak, Afi gurau je," kata Afeef sambil senyum lembut.
"Ibu, ayah. Mak Su Ina ada call kakak dua hari lepas. Ibu tahu yang Kak Manis buka café dekat Tangkak, kan?" ujar Absarina kepada kedua-dua ibu bapanya.
Encik Ahmad mengangguk dan Puan Zalia menjawab persoalan Absarina. "Haah tahu, dua hari lepas pun ibu ada tengok status Whatsapp Mak Su Ina. Kenapa kakak?"
Absarina menelan air liur untuk membasahkan tekaknya yang kering. Absarina betul-betul gementar, padahal dia hanya mahu berbincang dengan ibu bapanya tentang tawaran kerja itu sahaja.
"Mak su tanya kakak, sama ada kakak berminat atau tak untuk bekerja di cafe Kak Manis. Kalau kakak berminat, ibu dengan ayah izinkan ke?" ujar Absarina kepada Puan Zalia dan Encik Ahmad.
Ibu dan ayahnya diam seribu bahasa buat seketika, Absarina dapat lihat air muka Encik Ahmad dan Puan Zalia berubah. Tatapan mereka terhadap dirinya membuatkan Absarina semakin gementar.
"Lepas tu, mak su cakap kalau kakak nak kerja dekat sana, kakak duduk rumah mak su dan kakak akan pergi kerja dengan Kak Manis," ujar Absarina. Dia cuba meyakinkan kedua-dua ibu bapanya.
Tiba-tiba suara garau ayahnya memecahkan kesunyian di ruang tamu itu. "Kakak minat nak kerja dekat café?"
Absarina mengangguk.
Afeef hanya mendengar perbincangan mereka. Tiada langsung suara yang keluar daripada mulutnya.
"Kakak dah tahu ke kena buat kerja apa?" tanya ayahnya lagi.
Absarina mengangguk lagi. Soalan-soalan yang diajukan kepadanya sememangnya membuatkan Absarina rasa lebih gementar.
Kini, tatapan Encik Ahmad beralih ke arah Puan Zalia dan mereka mula berbincang. Afeef turut mendengar perbincangan mereka. Lain pula situasi sebagai Absarina Nelliya, dia hanya duduk kaku menunggu keputusan daripada ibu dan ayahnya.
"Kakak," Puan Zalia memanggil Absarina.
Absarina segera mengalihkan fokus daripada kaca televisyen kepada ibunya.
"Kalau ibu dengan ayah...," ujar ibunya. Tetapi, Puan Zalia tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Afeef tiba-tiba menyampuk.
"Ehem, adik pun,"
![](https://img.wattpad.com/cover/359220876-288-k910489.jpg)
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆
General Fiction'Petunjuk jalan, Jauh dan kelam, Pasu yang pecah perlu ditanam, Jangan biar dendam bersulam.' Absarina Nelliya, seorang gadis yang telah menangguhkan semesternya di Universiti Malaya kerana masalah peribadinya. Seorang yang dipenuhi dengan aura pos...