"Kakak, kau nak tinggal ke selipar kau ni? Kau jangan buat tak ingat macam tu kak," Afeef bersuara setelah melihat kakaknya yang sedang gelabah menyusun barang-barang ke dalam but kereta.
"Alahai, Afi tolong ambilkan jap, kakak lupa la," Absarina tersenyum kelat kepada adiknya. Jika dilihat pada tangannya. Penuh!
Tepat pada pukul 9.00 pagi, Ahad. Absarina dan keluarganya bertolak ke Tangkak, Johor.
"Ayah nak lalu ikut jalan mana? Mersing atau LPT2?" tanya Absarina kepada ayahnya sambil mengunyah kacang.
"Mula-mula kita naik LPT2 sampai Kuantan, lepas itu kita teruskan perjalanan ke Jalan Muadzam Shah dan lalu ikut Mersing," jawab ayahnya, Encik Ahmad.
"Betul, itu plan perjalanan hari ini. Jalan Mersing ni lagi dekat dari LPT2 tapi bahaya sikit," kata ibunya, Puan Zalia.
Perbualan di antara keluarga Absarina kini memenuhi kereta di Lebuh Raya Ajil, LPT2.
"Bahaya? Kenapa ibu?" tanya Afeef.
"Ish, mana boleh sebut. Nanti dia munculkan diri," jawab ibunya.
"Okay, ini dalam konteks makhluk halus atau haiwan?" tanya Afeef lagi.
"Haiwan, Afi. Orang cakap, jangan sebut, nanti dia rasa terpanggil," jawab Absarina pula.
"Oh, faham!"
Perjalanan mereka bermula dari Kampung Kuala Telemong. Tayar kereta bergolek laju menelusuri lebuh raya ke Kuantan lalu terus menuju ke Jalan Muadzam Shah.
Kini, Encik Ahmad berhenti di Rehat dan Rawat Muadzam Shah.
"Awak semua lapar tak?" tanya ibunya.
Absarina menggeleng. "Tak ibu."
Tiba-tiba bau kegemaran Absarina memenuhi rongga hidungnya.
"Ha sudah, kembang kempis dah hidung dia," kata Afeef sambil menepuk dahi.
"Ibu, kakak bau buah berangan goreng,"
"Dah, jom. Afi belanja,"
Absarina tersenyum. "Ini yang kita mahu, terima kasih Afi."
Absarina dan Afeef melangkah keluar dari kereta dan terus menuju ke gerai yang menjual buah berangan goreng itu.
"Assalamualaikum, pakcik, saya nak buah berangan 500 gram," Afeef menyapa peniaga itu kemudian terus membuat pesanan.
Afeef dapat lihat muka Absarina yang sedang gembira itu.
"Nanti kan akak, kalau kau ada suami. Kalau dia tak tahu kau suka buah berangan goreng. Aku refund dia semula kat mak dia," kata Afeef dengan muka selambanya.
Absarina ketawa terbahak-bahak sehingga terbatuk dibuatnya!
"Kalau dia handsome, baik, dan main gym macam Afi. Lepas tu, he got a good balance of academic smartness and street smartness. Janganlah refund. Susah payah tau aku cari. Dahlah limited jenis yang macam tu sekarang," kata Absarina sambil tersenyum. Nampaknya Absarina sedang berangan.
"Eh, ada. Mestilah ada yang macam tu. Biasanya, kalau yang macam tu kan akak. Dia nak kahwin dua!" jawab Afeef. Dia sengaja mahu menyakat kakaknya.
Pakcik itu memegang plastik buah berangan goreng milik Absarina dan Afeef dari tadi lagi. Ternganga pakcik itu dengar perbualan mereka.
Afeef tersedar setelah dia melihat plastik di tangan pakcik itu. "Eh, berapa ye pakcik?"
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆
General Fiction'Petunjuk jalan, Jauh dan kelam, Pasu yang pecah perlu ditanam, Jangan biar dendam bersulam.' Absarina Nelliya, seorang gadis yang telah menangguhkan semesternya di Universiti Malaya kerana masalah peribadinya. Seorang yang dipenuhi dengan aura pos...