BAB 12

51 6 1
                                    

"RIN, aku tengok kau ni macam gelisah semacam je. Kenapa?" soal Inara. Bahu Rin diusap perlahan dengan tangan lembut milik wanita itu.

Gadis itu mengeluh perlahan. Senyuman dipamerkan untuk menutup kegelisahannya.

"Aku rasa tak sihat. Kepala aku pening sangat, Iner." Jari-jemari halusnya mengurut kepala yang berdenyut-denyut itu.

"Kau duduk dulu, okay? Biar aku jaga kaunter sekejap. Lagipun dah masuk waktu rehat ni, kan? Kau pula bekerja dua syif hari ini, kan? Rehatlah dulu," gesa Inara.

Langkahnya terus meluru ke bilik rehat di belakang. Badan dilabuhkan di atas katil single itu. Badannya terasa begitu lemah. Seperti dikunci segala tangan dan kakinya. Dari katil itu, gadis ini cuba untuk menjerit nama rakan-rakannya dengan sekuat hati. Tetapi, tiada satu suara pun yang keluar daripada kerongkong.

Cubaannya untuk bergerak tidak membuahkan apa-apa hasil.

Tiba-tiba, segalanya gelap. Hanya nafasnya sendiri yang dapat didengari dan dengusan nafas makhluk hitam yang menutupi pandangannya. Gelak sinis makhluk itu membuatkan bulu roma Rin meremang.

"Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!" jeritnya di dalam hati.

Setelah makhluk itu bangun lalu menghilang. Gadis itu terus bangun dari katil untuk mengambil nafas. Terasa sungguh sesak nafasnya tadi. Bermacam-macam buah fikiran yang menghinggap di kepalanya sekarang ini. Bagaimana keadaan keluarganya di Terengganu? Bagaimana seseorang yang gembira sepertinya berubah menjadi gumpalan awan yang gelap?

Inara yang sedar akan hal itu segera meninggalkan kaunter ketika tiada pelanggan. Wanita itu segera bergegas ke arah rakannya.

"Rin, kau okay tak ni?" soal Inara dengan cemas.

Angguk yang perlahan menjadi jawapan.

"Jangan tipu aku, Rin. Aku tahu ada benda yang tak kena." Riak wajah Inara berubah menjadi serius. Dia bukan seseorang yang mudah tertipu. Lagi-lagi apabila seseorang itu merupakan kawan baiknya.

Jantung Rin yang masih berdegup kencang, dia cuba perlahankan. Rin mengetap gigi lalu memandang ke lantai.

"Aku kena tindih. Makhluk-makhluk itu tak henti-henti ganggu aku. Aku penat, Iner," luahnya.

Inara mengangguk faham. Dia mengeluh perlahan. Ini adalah masanya untuk menyerlahkan kepakaran neneknya yang mahir dalam bidang perubatan spiritual ini.

"Rin, aku tahu siapa yang boleh tolong kau," ujar Inara.

Pandangannya kepada Inara penuh dengan harapan. "Siapa?" soal Rin.

"Nenek aku," jawab wanita itu dengan pantas.

Rin hanya mengangguk perlahan. Dia meyakini cadangan Inara. Mungkin nenek rakan baiknya dapat membantu dia menyelesaikan masalah. Dia hanya mahu semua ini berakhir. Penat. Mental. Fizikal. Rohani. Semuanya kacau-bilau.

"Nenek kau orang mana Inara? Boleh aku jumpa dia?" soalnya. Jelas bahawa gadis itu sedang terdesak.

Tangan Inara bertapak di bahunya dengan lembut.

"Boleh, dia orang Perak. Tapi, kita kena ambil cuti bersama-samalah. Kau betul-betul nak jumpa nenek aku ni?" Inara mahu mendapatkan kepastian daripada gadis itu. Jika Rin tidak yakin, tidak mahulah dia memaksa gadis itu.

"Nak," jawab Rin dengan ringkas.

Dia yakin. Pandangannya terus ke mata bulat Inara. Perasaan berharap kian meningkat di dalam dirinya. Senyuman yang lembut diorakkan. Tiada siapa yang boleh dia harapkan selain bantuan daripada nenek Inara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now