BAB 5

69 14 0
                                    

Sesuap aiskrim yogurt bersama sos matcha disuapkan ke dalam mulut Absarina. Mak, masamnya!

"Apa pasal muka kau berkerut macam tu, Rin? Tolong senonoh sikit," tegur Qairina sambil menahan ketawa. Hampir tersembur aiskrim yogurt miliknya ke muka budak bertuah sorang ini!

"Maaf Qai, Rin biasa biasa makan aiskrim Yogulp tu je. Tak tahu pula Llaollao punya ni masam rebang," balasnya dengan jujur.

"Takpe Rin, sekarang ni mana Cik Inara kesayangan kita ni?" Qairina bangun dan memerhati kawasan sekelilingnya. Janji Melayu betul Inara ini! Lama pula dia ke tandas.

Manis's Café cuti pada hari Jumaat. Maka, Absarina, Inara, dan Qairina keluar bersama ke Mydin Jasin. Maklumlah, pasaraya terdekat hanyalah Mydin Jasin.

"Oit, Rin. Kau nak beli apa-apa lagi tak?" tanya Qairina sambil menyuapkan sesudu aiskrim yogurt ke dalam mulutnya.

"Tak ada kot. Entah, jomlah kita round sekali lagi." Fikirannya menerawang ke awangan sambil berfikir apa yang mahu atau perlu dibeli Absarina.

"Weh, korang. Maaf lambat, ramai orang tadi." Eh? Tiba-tiba pula Inara muncul di antara Qairina dan Absarina.

"Makcik anak kau kambing!" latah Absarina.

Buntang biji mata Inara mendengar latahan dari seorang gadis ayu di hadapannya ini. Kebetulan pula ada seorang makcik yang sedang lalu di hadapan mereka.

"Err...kamu cakap apa tadi?" soal makcik itu. Ha sudah, habislah kau Absarina!

"Maaf makcik, kawan saya ni kuat melatah orangnya." Qairina memohon maaf kepada makcik itu. 'Ish, kau ni umur berapa Rin nak melatah macam tu bagai?' rungut Absarina bersendirian dalam sudut hatinya yang terdalam.

Makcik itu ketawa terbahak-bahak.

Tepukan dikenakan ke atas bahu seorang lelaki yang berada di tepi makcik itu. Rancak betul ketawa makcik itu sehingga tertampar-tampar bahu anak lelakinya. "Adik, tadi ada budak perempuan melatah. Dia cakap makcik anak kau kambing. Jadi, adik kambing la ye?"

Lelaki itu segera berpaling ke arah Absarina. Eh...macam kenal je.

Aathif?!

Tatapan Aathif tepat mengenai mata Absarina. Dah kenapa pulak dia ini tenung Absarina sampai macam itu sekali.

"Jangan sampai aku ungkit ye, Absarina Nelliya."

"Ungkit apa pula?"

Inara dan Qairina memandang ke arah kedua-dua orang manusia yang sedang bertentangan mata dengan teliti.

"Yang kau..." sambung Aathif.

Ibu Aathif turut menadah telinga.

"Saya apa?" tanya Absarina lagi. Dia lupa agaknya Aathif pernah tengok dia menyanyi macam orang gila dekat bawah pokok depan 7-Eleven tu.

"Menyanyi macam orang gila dekat bawah pokok," sambung Aathif sambil memandang tepat ke dalam matanya.

Okay, kenapa jantung dia berdegup kencang ini? Aathif ini memang tak mahu alihkan pandangan ke? Kalau dia cucuk matanya dengan sudu aiskrim ini, memang menyesal mamat Aathif ini!

Kedengaran bunyi orang berdehem sehingga terbatuk-batuk. Qairina yang berdehem rupanya. Situasi yang tegang itu kembali kendur apabila ibu Aathif tergelak.

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang