Keesokannya, Absarina mengambil masa untuk pulihkan diri. Tetapi, kerja tetap diteruskan. Dia tetap bersedia dan bersiap-siap untuk ke Manis's Cafe.
"Rin, akak pergi dulu ya. Kalau nak apa-apa, beritahu mak su, okay," pesan Kak Manis yang sudah bersiap sedia untuk ke cafe.
"Eh akak, janganlah tinggal Rin. Rin pun nak pergi kerja," kata Absarina sambil menyembur minyak wangi di sekitar baju dan kulitnya.
"Lah, kau tak mahu rehat dulu ke?" soal Kak Manis. Dia bimbang dengan keadaan Rin, tetapi Rin pula dah siap dan berkeras mahu pergi kerja juga.
"Taknak akak, Rin nak pergi juga." Absarina berkeras.
Kak Manis mengangguk perlahan, lalu menjawab perlahan, "Okay, jom kita pergi."
Kalau mahu dipaksa berehat, pasti Si Rin ni berjalan kaki pergi cafe. Tak pasal-pasal nanti Mak Su Ina marah Manis.
Badannya terasa sungguh kepenatan. Mindanya terus mengulang-ulang kata-kata Qa'id Harzan. Tetapi, dia tidak boleh membiarkan perkara ini menjerut dirinya. Absarina tahu yang dia perlu lakukan sesuatu untuk keluar daripada jerutan hidup ini. Tapi, bagaimana?
Dia tahu! Sibukkan diri. Sebab itulah dia tetap pergi kerja walaupun kepenatan.
Kedua-dua gadis ini masuk ke dalam kereta, Kak Manis memandu keluar dari perkarangan rumahnya.
Ketika dia sedang khusyuk mengelamun sendirian. Deringan telefonnya berbunyi. Apabila Absarina lihat pada skrin telefonnya. Nombor yang tidak dikenali. Dia mengeluh sendirian.
Bukan dia tak mahu angkat, tetapi dia takut. Bagaimana jika itu nombor Qa'id?
Dibiarkan telefon itu berdering. Dia malas mahu layan sesiapa di pagi yang tenang dan indah ini.
"Rin, siapa tu? Kenapa tak jawab?" soal Kak Manis.
Absarina menjungkit bahu, "Tak tahulah akak, Rin taknak jawab."
Kak Manis hanya mengangguk tanda faham. Tidak sampai 10 minit, mereka sudah pun berada di hadapan Manis's Cafe. Kereta diparkir elok lalu mereka berdua keluar daripada perut kereta. Kaki melangkah masuk ke dalam cafe. Tiada sesiapa seawal ini, memang mereka berdua sahaja. Dan, sudah menjadi kebiasaan bagi Kak Manis bertugas di waktu pembukaan.
Absarina menyarungkan apron miliknya. Meja dikemaskan dan lantai disapu hingga berkilat. Menu istimewa pada hari ini dipamerkan di bersebelahan kaunter.
"Rin, selama dua bulan kau kerja dekat sini. Rasa okay, best?" soal Kak Manis.
Absarina senyum dan mengangguk laju.
"Best akak, saya suka. Banyak benda yang saya belajar. Saya suka bila saya jumpa Qai dan Inara," luahnya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah, baguslah begitu. Akak pun gembira ada cashier dan tukang ambil pesanan yang komited macam Rin ni," puji Kak Manis.
Habis! Habis... Kalau dipuji Si Rin ini, memang kembang sekuali dia ini! Kembang-kempis hidungnya, mujurlah bos tu sepupu sendiri. Dah biasa tengok perangai budak Rin ni dari dia kecil lagi.
Gedebush! Shup shup shup! Haa sudah, apa pula kali ni?
Pandangan Absarina beralih ke arah pintu utama. Bunyi itu datang daripada Qai rupanya! Dia shuffle depan pintu kedai!

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆
قصص عامة'Petunjuk jalan, Jauh dan kelam, Pasu yang pecah perlu ditanam, Jangan biar dendam bersulam.' Absarina Nelliya, seorang gadis yang telah menangguhkan semesternya di Universiti Malaya kerana masalah peribadinya. Seorang yang dipenuhi dengan aura pos...