Aroma kopi yang wangi memenuhi rongga hidung Absarina. Suasana Manis's Café waktu pagi agak sibuk. Ramai orang datang untuk bersarapan di sini.
"Rin, awak jadi cashier dan ambil pesanan customer, okay? Awak tak perlu ambil pesanan dari meja ke meja. Customer akan buat pesanan dekat kaunter. Faham, Rin?" pesan Kak Manis kini yang menjadi bos kepadanya.
Absarina senyum lalu menyarungkan apron berwarna lilac itu. Warna apron itu sangat sesuai dengan warna pakaiannya hari ini iaitu warna putih.
Kak Manis telah menetapkan dress code pekerjanya. Pekerja di Manis's Cafe hanya perlu memakai pakaian yang berwarna pastel supaya sama dengan estetika hiasan dalaman café.
Permulaan yang baik bagi hari pertama bekerja.
"Baik akak, terima kasih," balas Absarina dengan ringkas.
Dia memerhati hiasan pastel dan minimalist dalam café ini. Sememangnya menepati estetikanya. Absarina sangat suka akan warna-warna pastel yang lembut.
Ketika Absarina sedang asyik mengelamun, bunyi loceng pada pintu bergemerincing dengan kuat di gegendang telinganya. Seorang lelaki yang berotot, berbaju t-shirt hitam dan sweatpants kelabu masuk ke dalam café.
"Selamat datang ke Manis's Café," sapa Absarina dengan ringkas. Nampaknya, Absarina memahami etika sebagai pekerja yang bekerja dalam industri food and beverage ini.
Absarina mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah lelaki itu. Eh, bertentang mata pula!
"Kenapa? Ada apa-apa ke dekat muka saya?" soal lelaki itu setelah wajahnya diangkat untuk melihat Absarina. Tatapan lelaki itu tepat ke dalam mata Absarina.
Absarina berdehem perlahan. "Eh, takde."
"Encik nak pesan apa?"
"Macam biasa," jawab lelaki itu dengan selamba.
"Tapi saya tak tahu encik biasa pesan apa." Lelaki ini tidak perasankah dia ini baru sahaja bekerja di sini? Absarina memberikan senyuman yang lembut kepada lelaki itu. Santunilah pelanggan anda, ya?
Lelaki itu menilik wajahnya. Lama pula dia menilik wajah Absarina.
"Awak budak yang semalam tu, kan? Budak yang cari tong sampah semalam, kan?" tanya lelaki itu. Dari semalam lagi lelaki ini panggil dia "budak". Dia geram betul dengan lelaki ini!
"Ya pakcik."
Lelaki itu merenung mukanya dengan riak muka pasrah.
"Err...maaf, encik."
"Black coffee."
Absarina memasukkan pesanan lelaki itu ke dalam sistem. Lalu, dia mengambil sebuah cawan kopi kosong dan sebatang marker permanent.
"Nama encik?"
"Aathif."
Setelah beberapa minit, Black Coffee yang masih panas itu dihidangkan dalam cawan itu.
"Encik Aathif!" Absarina melaungkan nama Aathif. Kopi milik Aathif kini siap dihidang pada kaunter takeaway.
Tangan kekar milik lelaki bernama Aathif mencapai cawan kopinya.
"Terima kasih, sila datang lagi."
Aathif membalas ucapan dari Absarina dengan senyuman.
YOU ARE READING
𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆
Fiksi Umum'Petunjuk jalan, Jauh dan kelam, Pasu yang pecah perlu ditanam, Jangan biar dendam bersulam.' Absarina Nelliya, seorang gadis yang telah menangguhkan semesternya di Universiti Malaya kerana masalah peribadinya. Seorang yang dipenuhi dengan aura pos...