BAB 10

69 8 3
                                    

"Prang!"

Pagi Absarina yang tenang dikejutkan oleh bunyi kaca yang pecah berderai ke lantai. Dia segera bangun ke arah bunyi itu. Risau jika Tingtongting yang pecahkan pinggan atau gelas di dapur. 

"TTT, buat apa dekat dapur tu?" soalnya sambil bergegas ke arah dapur.

Ruang dapur terlihat begitu gelap, tiada langsung lampu yang dibuka.

Absarina keluh perlahan.

"TTT...," panggil Absarina. Mana pula kucing dia ini? Jam menunjukkan pukul enam pagi. Si bulus itu ingat kelakarkah main-main di waktu pagi ini?

"Meow... meow..."

Badannya dipusingkan ke belakang. Tingtonting sedang mengiau ke arah kegelapan. Nampaknya, bukan kucingnya dalang kaca pecah itu. Jadi, siapa yang berada di dapur sekarang? 

Mungkin Puan Zalia... mungkin. Tapi, kalau itu ibunya. Kenapa lampu tidak dihidupkan? 

Okay, bertenang Rin.

"Ibu?" panggilnya dengan perlahan. 

Tiada suara yang menyahut panggilannya. Tetapi telinga Absarina menangkap bunyi dengusan kasar dari arah kegelapan. 

Punat suis ditekan tetapi lampu tidak menyala seperti yang sepatutnya. Jangan panik, Rin. Dia kekal tenang lalu melangkah ke dapur. Jantungnya berdegup laju.

"Ibu?" panggilnya lagi.

Dengusan kasar itu terhenti. Sunyi.

"Ish, lantak kaulah!" marah Rin kepada apa-apa pun makhluk itu.

Absarina segera kembali ke biliknya. Tak mahu dia melayan makhluk itu. Entah apa yang menanti jika dia teruskan niatnya untuk ke dapur itu.

Kini, wajah disuakan ke sejadah. Alunan ayat al-Quran berkumandang perlahan di telinganya sendiri. 

Kepada Allah SWT sahajalah tempat adunya.

Beg galas yang berisi pakaiannya kini dikemaskan. Hari ini, dia akan pulang ke Tangkak semula. Segala barangan keperluan dikemaskan ke dalam beg kecil. Lalu disimpan beg itu ke dalam beg galasnya.

Absarina melangkah keluar daripada bilik tidurnya. Jam sudah menunjukkan jam 7:30 pagi. Dia perlu bertolak awal ke Tangkak. Kalau bertolak lewat, mungkin dia bertolak pagi dan akan sampai pada waktu pagi juga. Rin bergerak ke arah dapur untuk mengisi air kosong yang sejuk ke dalam botol airnya.

Bunyi dehem lembut daripada Encik Ahmad menyedarkan gadis itu daripada lamunan yang menghanyutkan.

"Ayah," tegurnya.

"Kakak, hari ini balik ke Tangkak semula ya?" soal Encik Ahmad.

Gadis itu mengangguk perlahan.

"Kenapa ayah?" soalnya pula.

"Kakak jaga diri, ya. Kalau ada gangguan, cepat-cepat cari pusat rawatan islam." Ringkas sahaja pesanan ayahnya. Tetapi, Absarina menerima pesanan itu dengan baik.

Absarina membalas dengan senyuman kelat dan angguk sahaja.

Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan ayahnya. Tetapi, tangannya ditarik lembut dan badannya dikelilingi lengan ayahnya. Bahagian belakang gadis itu diusap perlahan seakan-akan ayahnya memujuk dia. 

Pelukan itu berbalas. Lalu salam disambut setelah pelukan terlerai.

"Ayah, jangan risau. Kakak kan anak ibu ayah. Strong!" Absarina cuba untuk meyakinkan Encik Ahmad dengan luarannya yang masih happy-go-lucky.

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang