BAB 6

75 14 0
                                    

Luas mulut milik Absarina terbuka. Khusyuk betul dia menguap. Haih, budak Rin. Pagi-pagi pun dah mengantuk ke?

Absarina menunggu kedatangan pelanggan di kaunter. Dia termenung lalu tersengguk-sengguk. Tidak tidurkah dia semalam? Tidur. Dia tidur. Tapi itulah hakikat sleepyhead, kan?

Tiba-tiba bunyi nada dering telefonnya membangunkan dia dari hanyut dalam perasaan mengantuknya.

"Hello, assalamualaikum," ujar Absarina kepada orang yang berada disebalik telefonnya.

"Hello, waalaikumussalam ketot!" ujar suara lunak yang berada dalam keterujaan itu. Ini mesti Hafizah! Budak Ijah ini sahaja yang panggil dia "Ketot".

"Ya makcik! Lama betul tak jumpa kau ye? Kenapa weh, ada gossip ke?" pamit Absarina yang mencerminkan keterujaan Hafizah.

"Hehe tak ada gossip. Kau ada dekat Tangkak, kan kan?" soal Hafizah.

"Betul, aku ada dekat Tangkak. Kenapa Ijah?"

"Kitorang, geng-geng UM ni ada program anak angkat. Lepastu kitorang nak pergi Segamat. Nanti lalu Tangkak jugak, kan? Aku ingat nak jumpa kau..." Suara Hafizah seakan-akan memujuk Absarina.

"Ceh, cakap jelah yang kau rindu aku Ijah." Mulutnya membentuk senyuman sinis. Mentang-mentang dah dua bulan tak berjumpa dengannya, terus Hafizah rindu pada dia.

"Ish, tak adanya. Aku datang dalam pukul tiga weh...Kau sedialah nak kena sekeh dengan aku ye." Amaran dilontarkan kepada Absarina. Tahulah dia ini ketot, tapi janganlah sesuka hati nak sekeh kepala dia.

"Baik, makcik. Jumpa nanti!"

Panggilan dimatikan lalu Absarina tersenyum. Sebenarnya dia pun rindu akan rakan baiknya. Biasanya bangun pagi sahaja, terpampang muka Hafizah di hadapannya. Tetapi, sejak dia tangguh semester ini, muka Aathif jela yang dia hadap! Eh! Silap-silap...muka sendiri yang dia hadap.

Dehem kasar dari arah belakang Hafizah mengejutkan gadis itu. Walaupun suasana di kafeteria agak bingit. Dehem dari lelaki itu masih jelas didengari.

"Mana kawan kau yang...pendek tu?" soal lelaki itu.

Ijah tiada kawan lain yang pendek selain...Absarina.

"Dia tangguh semester ni. Kenapa kau tanya?" jawab Hafizah. Dia tidak kenal lelaki ini.

"Lagi satu, kau siapa?"

"Bukan sesiapa, tak apa. Terima kasih."

Lalu lelaki itu berlalu pergi.

"Absarina Nelliya." Nama Absarina melekat di minda lelaki itu. Namanya menjadi sebutan di bibir lelaki itu.

Hafizah turut berlalu pergi ke bilik kuliah untuk kelas seterusnya.

Suasana Manis's Café kini sudah sibuk. Sekarang waktu makan tengah hari. Semua orang keluar lari dari kesibukan untuk mengisi perut.

"Rin, kau boleh hantarkan kopi ni dekat gym si Aathif tak?" soal Inara.

Absarina mengangguk laju. "Boleh, kopi ni Aathif punya ke?"

"Haah, Aathif punya. Dia datang pesan tadi masa kau ke tandas. Lepastu dia suruh tolong hantarkan kat atas," ujar Inara sambil menyiapkan pesanan kopi lain.

"Okay, boleh!" Kini, kakinya mendaki tangga ke gym milik Aathif di tingkat dua.

Terhenti kakinya. "Gym milik Aathif? Gym ni Aathif punya?! Wah..."

Pintu diketuk dengan tempo yang sekata. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Suara garau Aathif menjawab salamnya. Pintu dibuka perlahan-lahan.

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now