BAB 9

52 6 0
                                    

Keesokan harinya, mentari menjelma menembusi benang-benang halus langsir di bilik Absarina. Bunyi burung-burung dang unggas mula hinggap di pendengarannya. Eh? Bunyi burung? Dahinya ditepuk. Sudah lewat pagi nampaknya. Matanya melirik ke arah jam digital di meja kecil di sebelah katilnya.

8.20 pagi.

Wajahnya diruap lembut. Terlepas Subuh hari ini. Dia beristighfar lalu bangun dari katil menuju ke bilik air. Wuduk diambil lalu dijalankan tuntutan wajib itu. Tidak pernah dia terasa seberat ini untuk melakukan ibadah. Tetapi, apabila mendengar akuan daripada Afeef semalam. Dia faham.

"Orang sihir keluarga kita, akak."

Ayat itu berlegar-legar di kepalanya sejak semalam. Apabila dia sedar apa yang sedang keluarganya alami, dia perlu kuat. Melawan keberatan itu.

Ketukan halus di pintu biliknya menyedarkan dia untuk kembali dari hanyut dalam lamunan itu. Telekung digantung kemas di dalam almari.

"Kakak," panggil suara itu dari luar. Suara siapa pula tu?

"Kakak." Panggilan kali kedua membuatkan dia sedar, itu suara ibunya.

"Ya, ibu. Sekejap," balasnya.

Pintu dibuka dengan perlahan. Kepala dijenguk ke luar bilik.

Eh? Mana ibu?

"Adik?"

"Ya?" Bunyi suara adiknya daripada dapur.

Absarina melihat ke arah kiri dan kanan. Tiada pun kelibat ibunya. Biarkanlah. Baik, dia ke dapur dan sarapan dulu.

Dia menuju ke dapur dan melintasi bilik ibu dan ayahnya. Dari ekor matanya, dia dapat lihat asap-asap hitam yang menyelubungi bilik itu. Kepalanya digeleng-geleng, malas mahu dia melayan makhluk itu.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di dapur, deria baunya memerangkap bau nasi lemak. Senyuman terpalit di wajah gadis itu.

"Adik, kau beli nasi lemak dekat mana ni? Sedapnya bau," komen Absarina.

"Hotak kau beli, ibulah yang masak," kata adiknya.

Absarina melilau mencari Puan Zalia. Itu pun. Sedang basuh pinggan di sinki! Rin berlari ke arah ibunya lalu pelukan yang erat melilit badan ibunya. Dicium-cium bahu ibunya.

"Terima kasih, ibu. Kasihan ibu, sakit-sakit pun tetap masak untuk kami," kata Absarina.

"Ish, jangan risaulah. Ibu kan, chef! Tengok kakilah!"

Gelak tawa memenuhi ruang dapur itu. Pinggannya kini dipenuhi dengan nasi, sambal bilis, kekacang, timun, dan telur. Sesuap demi sesuap memasuki mulutnya. Lega. Dia rindu akan air tangan ibunya. Nasi lemak itu dinikmati dengan bersungguh-sungguh.

Dia perlu menikmati masa dengan ibunya sebelum waktu Asar. Kerana, apabila tibanya waktu Asar. Badan ibunya seolah-olah dikunci. Lumpuh sehingga hari esok.

Ketika dia sedang khusyuk mengunyah nasi lemak itu, kepalanya diangkat untuk melihat Puan Zalia. Riak wajah Absarina berubah. Ternyata, terdapat sebatang kayu yang dipancang di bahagian belakang ibunya. Hatinya hancur melihat keadaan ini.

Hanya Absarina yang dapat melihat kayu itu. Matanya istimewa. Dia diberikan anugerah oleh Allah sejak kecil.

"Adik, tolong hulurkan botol air," pintanya.

Afeef menghulurkan sebotol air kosong yang sejuk. Air itu dituang lalu diteguk laju oleh Absarina. Dia endahkan sahaja apa yang baru dilihat. Kalau dilayan, makin melarat.

"Kakak, tak mahu keluar ke hari ni?" soal ibunya.

Absarina menggeleng.

"Tak mahu, ibu. Nak duduk rumah je hari ni. Nak bersembang dengan ibu," jawab Absarina.

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now