BAB 8

55 6 2
                                    

Di hari Jumaat yang mulia, dia sedang menimbang-tara keputusannya. Lama dia berfikir tentang keputusan ini. Setiap keputusan pasti ada akibatnya sendiri, hikmahnya sendiri. Hei, Rin. Kenapa pula ni?

Absarina keluar daripada biliknya lalu berjalan ke dapur. Matanya memerangkap kelibat Mak Su Ina yang sedang memasak sarapan di dapur. Perlahan-lahan dia menghampiri mak su dari belakang.

"Mak su," panggilnya.

"Ya, Rin?" jawab Mak Su Ina.

"Rin nak balik Terengganu boleh?" soal Absarina. Dia berharap supaya Mak Su Ina mengangguk dan berkata 'Ya'. Sudah dua bulan dia tidak pulang ke Terengganu. Keluarganya hanya mampu berjumpa Rin secara maya. Dia bukan sahaja rindu, bahkan... terasa begitu susah hati.

Seperti, ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Dalam fikiran Absarina, dia perlu pulang!

"Boleh, Rin. Tapi, Rin nak balik dengan apa? Ayah datang ambil ke?" soal mak su. Bertalu-talu soalan daripadanya. Nampaknya, mak sunya risau.

"Rin balik dengan bas mak su. Tiket dah ada. Cuma, Rin nak minta tolong Kak Manis hantarkan Rin pergi stesen bas. Boleh, mak su?"

Mak Su Ina mengangguk, dia tidak akan menghalang keputusan Rin. Lagipun, memang dah lama Rin tidak pulang ke pangkuan ibu bapanya, kan?

"Rin dah kemas barang-barang yang nak bawa balik sana?" soal mak su.

"Belum lagi mak su, ada sikit lagi. Rin masuk bilik dulu ya mak su," jelas Absarina.

Sebaik sahaja kakinya menjejak di dalam bilik, aura dan tenaga di sekitarnya terasa begitu asing. Pelik. Dia tidak pernah rasa begini.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Apabila diperhatikan skrin telefon itu, tertulis nama 'Afeef'. Panggilan itu dijawab dengan segera.

"Assalamualaikum, Afi," sapanya.

"Waalaikumussalam, akak," jawab Afeef.

"Kenapa Afi telefon? Afi okay tak?" soal Absarina. Biasanya dia sahaja yang telefon Afeef terlebih dahulu. Tetapi, kali ini Afeef yang telefon dia dahulu. Pada waktu pagi pula tu, luar daripada kebiasaan untuk seorang Afeef Zahran ini.

"Akak, boleh balik Terengganu tak? Secepat mungkin," jawab Afi. Suara Afeef kedengaran tenang sahaja. Lain dengan kata hatinya, Rin tahu adiknya sedang berada dalam keadaan kegelisahan.

"Kebetulan akak balik hari ini, Afi. Petang nanti tolong ambil kakak dekat stesen bas, boleh?" katanya pula.

"Boleh, akak. Balik hati-hati akak," pesan Afeef.

Panggilan itu dimatikan.

Absarina termenung sejenak. Apa-apa sahajalah, janji dia dapat pulang ke Terengganu hari ini juga.

Kedengaran suara Mak Su Ina dari dapur memanggilnya, Kak Manis, dan Abang Fin untuk sarapan bersama. Absarina keluar ke dapur. Tempat diambil lalu punggung dilabuhkan di kerusi meja makan itu. Sesuap nasi goreng membuatkan dia sedar akan realiti. Keluhan senyap dilepaskan.

"Jauh termenung, Rin," sindir Abang Fin.

Absarina tersenyum, "Ya, Bang Fin. Kan hari ini Rin nak balik Terengganu."

Abang Fin mengangguk perlahan, "Patutlah."

"Bas kau pukul berapa, Rin?" soal Kak Manis sambil menyuap sesudu nasi goreng.

"Pukul 10 nanti," balasnya dengan ringkas.

"Dah pukul 8:30 ni. Nanti masukkan barang-barang dalam kereta, Rin. Takut kau lupa pula," pesan Kak Manis.

Absarina hanya mengangguk. Dia bingkas bangun daripada kerusi itu untuk mencuci pinggan di sinki. Laju dia berjalan ke arah biliknya, segala barang yang ingin dibawa pulang dimasukkan ke dalam but kereta. Gadis itu sudah bersiap sedia sepenuhnya. Sekarang ini, dia hanya menunggu Kak Manis untuk menghabiskan sepinggan nasi goreng itu.

𝐌𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now