TINGKATAN 3

1.5K 20 0
                                    

Setelah aku turun dari kenderaan,aku terdengar orang memanggil namaku.Nizam rupanya.Awal pula dia sampai hari ni.Mungkin dia bersemangat kerana tidak sabar memulakan tahun ini sebagai pelajar tingkatan 3.Dia turun ke bawah dan membantuku utk mengangkat beg pakaian dan barang peribadiku ke dalam bilik.

AKU : Kita duduk bilik mana Nizam? Awal pulak kau sampai padahal rumah bukan jauh manapun.

NIZAM : Kita stay bilik tahun lepas lah.Lagipun aku dah "COP" dah katil dengan almari korang.Aku dtg awal pun sbb aku nak "SELEK" budak masuk dalam dorm kita.Taknak lah yang menyusahkan kita,sbb kompem antara kita jadi ketua dorm nanti.

Aku layankan shj apa yg Nizam katakan.Ia benar sudah menjadi tradisi bertahun tahun di sekolah ini di mana pelajar tingkatan 3 akan dilantik sebagai ketua dorm dimana penghuninya yg lain adalah pelajar tingkatan 1 dan 2.Manakala bilik pelajar ting 4 dan 5 akan diasingkan.

Nizam menunjukkan kepadaku katilku.Oh masih tempat sama,Nizam dibawahku.Shafiq yg belum tiba akan berada di sebelah kami.Kelihatan juga beberapa org pelajar ting 1 dan 2 sedang mengemas pakaian masing-masing ke dalam locker.Mereka ini adalah yg bertuah kerana dipanggil oleh Nizam utk menjadi penghuni bilik ini.Agak kelakar juga apabila ada penghuni yg memasuki bilik ini dihalau keluar oleh Nizam.

Aku mengemas barangan peribadiku di dalam locker.Aku mengantung pakaian sekolahku,menyusun pakaian harian secara teratur dan kemas.Stokin dan spenderku aku susun dengan rapi di dalam laci.Shafiq juga telah tiba dan kami bersalaman."Fi,3 org lagi nak cukupkan ahli dorm",aku mengiyakan sahaja,tidak mahu aku ambil peduli.Biar shj Nizam dilantik sebagai ketua dorm,aku malas utk memikul tugas itu,kedengarannya seperti mudah tetapi tanggungjawabnya terlalu berat.Aku tiada masa utk mengira bilangan ahli dorm setiap malam dan perkara lain.

Mubin melengkapkan ahli dorm yg ke 18,ini bermakna bilikku mempunyai 2 tempat kosong.Mubin sebaya dengan aku,Shafiq dan Nizam.Meskipun aku tidak terlalu rapat dengannya,tetapi dia adalah seorang yg cukup kelakar.Sebenarnya Mubin ini lebih rapat dengan Zairol dan gengnya,aku juga tidak faham mengapa Mubin memilih utk bersama kami.Ahli yang ke 19 adalah Ashraf yg tahun ini berada di tingkatan 2,kebetulan pula dia mmg ahli asal bilik ini.Sedang kami leka bersembang,Nizam mengumumkan alhi terakhir bilik ini,iaitu Shazuan.

Aku seperti terpukau melihat Shazuan skrg.Jauh beza fizikalnya dahulu dan skrg.Keadaan fizikal ye cukup baik,hati aku cair melihatnya.Apabila dia datang dan bersalaman dengan kami,senyumannya amat menggoda.Kemudian Nizam menunjukkan katil Shazuan iaitu berhadapan dengan katilku.Mudahlah aku mencuci mata selepas ini.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now