BAB 2

4.1K 139 1
                                    

Shafiyah menyuapkan roti ke dalam mulut. Fikiran pula melayang entah ke mana. Tak tahu kenapa sejak dua tiga hari ni dia asyik termenung je. Banyak berfikir tentang diri sendiri.

"Sha, kenapa dengan kamu ni? Asyik termenung je. Ada masalah ke?" soal Datin Sofea pada anaknya itu.

Shafiyah tersenyum tawar. Dia bukan ada masalah pun. Dia cuma rasa bosan dengan hidup dia sekarang. Pergi kerja, balik kerja. Kalau dia keluar pun hanya untuk berjumpa kawannya, Emylia.

"Tak adalah, ma. Sha okay. Sha cuma fikir apa yang Sha nak buat lepas ni. Sha rasa bosan dengn kehidupan Sha sekarang. Kurang menarik," luah Shafiyah.

"Sha bosan duduk dengan mama dan papa?"

"Bukan macam tu, ma. Sha maksudkan tentang kerjaya Sha. Sha sebenarnya rasa bosan kerja dengan papa. Sebab Sha rasa tak kena dengan jiwa sha," luah Shafiyah.

"Habis Sha nak buat apa?" soal Datin Sofea lagi.

"Sha tak fikir lagi Sha nak buat apa. Cuma apa yang Sha fikir, Sha nak kerja sesuai dengan bidang yang Sha belajar."

"Tapi Sha tahukan yang papa tak akan setuju?"

"Yes, Sha tahu. Sebab tu Sha tengah fikir lagi nak buat macam mana. Sha kena susun betul-betul perancangan untuk masa depan Sha. Sha kena yakinkan papa."

"Nanti Sha jangan minta tolong mama pula. Sebab mama takkan tolong Sha. Sha tahulah papa Sha tu macam mana,"

"Ya, mama. Sha tahulah papa tu macam mana. Kalau tak, dah lama Sha keluar dari syarikat papa."

Perbualan mereka berhenti seketika. Shafiyah sambung makan semula roti yang masih tersisa.

"Ma, kejap lagi Sha nak keluar tau."

"Pergi mana?" soal Datin Sofea.

"Beli coffee dekat Café kegemaran Sha tu lah. Dah dua hari Sha tak minum coffe buatan barista cafe tu. Asyik teringat-ingat je,"

"Asyik minum kopi je. Badan Sha tu dah penuh dengan kafein agaknya. Orang kata kalau minum kopi banyak sangat, gigi akan jadi kuning. Gigi Sha tu dah kuning sebab minum kopi banyak."

"Ya ke, mama? Gigi Sha kuning?" soal Shafiyah sebelum dia buka kamera di telefonnya. Nak tengok adakah betul gigi dia dah kuning.

Datin Sofea ketawa. Tahu pun takut. Bukan dia tak tahu perangai anak tunggalnya itu. Takut dengan doktor gigi. Dia saja nak mengusik tadi.

"Mama gurau je, Sha. Tak kuning lagi gigi Sha tu. Putih bersih aje."

"Mama ni, takut Sha. Sha taknak jumpa doktor gigi. Mama tahukan Sha takut,"
Datin Sofea ketawa lagi. Shafiyah memang dari kecil takut dengan doktor gigi. Tak tahulah punca dia kenapa.


SHAFIYAH mengenakan tshirt lengan panjang bersama shawl jersey berwarna hitam. Tak lupa cap hitam kesayangannya. Kasut putih pula dia sarungkan sebelum dia berjalan ke kereta Mazda CX-5 miliknya.

"Hai papa," sempat dia menyapa Datuk Huzair sebelum hilang ke dalam perut kereta.

Terjongket kening Datuk Huzair melihat anak gadisnya itu. Macam itu saja cara menyapa bapa sendiri? Kepala digeleng perlahan. Apa nak jadilah?

Masuk saja ke dalam rumah, Datuk Huzair disambut mesra oleh isterinya Datin Sofea. Bibir mengukir senyuman.

"Nak ke mana adik dara awak tadi tu?" soal Datuk Huzair pada isterinya.

"Beli kopi dekat kedai favourite dia tu lah. Baru dua hari tak minum kopi, tapi dah macam orang kempunan. Aih..." Datin Sofea mengeluh perlahan.

"Dekat rumah ni tak ada kopi ke? Sampai perlu beli kopi tu?" soal Datuk Huzair lagi sebelum melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now