BAB 26

2.4K 92 3
                                    

Sepanjang perjalanan ke rumah keluarga Arman, masing-masing mendiamkan diri. Dari semalam, mereka berdua tak bertegur sapa. Arman masih rasa serba salah dengan Shafiyah membuatkan dia segan nak menegur. Shafiyah pula, masih terasa hati dengan Arman.

Dalam rasa kecewa dengan sikap Arman semalam, Shafiyah pandang juga encik suami disebelah. Kacaknya! Kepunyaan siapa ni?

"Awak..." Shafiyah mula bersuara. Memecahkan kesunyian dari tadi.

"Hmm?" Arman memandang isterinya sekilas.

"Tentang semalam tu...awak marahkan saya ke? Saya ada buat salah dengan awak?" teragak-agak Shafiyah menyoal.

"Tak, kau tak ada buat salah. Aku tak sengaja marahkan kau semalam. Aku minta maaf. Mungkin aku penat sikit semalam. Itu yang jadi emosi sikit," jelas Arman sambil tersenyum kekok.

"Awak ada masalah ke?"

"Masalah tu tak ada. Cuma ada sesuatu yang berlaku pada orang yang aku sayang. Aku risaukan dia. Aku takut untuk kehilangan dia. Sebab tu fikiran aku serabut,"

Riak wajah Shafiyah mula berubah. Seseorang yang Arman sayang? Jadi selama ni Arman ada kekasih hati ke? Adakah dia punca Arman tak boleh bersama dengan kekasihnya itu? Tapi kenapa hatinya rasa sakit bila mengetahui tentang perkara tu?

"Awak sayangkan dia?"

Arman mengangguk sambil tersenyum bahagia.

"Sekarang dia tak sihat. Nanti kalau dia dah sihat, aku bawa kau jumpa dia. Mesti dia seronok dapat jumpa kau," kata Arman dengan gembira.

Shafiyah tersenyum tawar. Perasaan apa yang muncul dalam hati dia ni? Kenapa sampai sesak sangat dalam dada?

"Err Arman, kita nak pergi rumah mummy je kan?" sengaja Shafiyah bertanya. Nak mengalihkan topik perbualan. Cerita tentang kesayangan Arman tu, buat dia sesak nafas.

"Hajatnya macam tu. Tapi sekarang mummy dengan daddy tak ada dekat rumah. Diaorang ada dekat rumah Aniq. Jadi aku ingat nak singgah sana sekejap. Bolehkan?"

"Aniq tu siapa?"

"Kawan aku. Tapi dia tu anak kawan mummy. Kalau kau nak tahu, mummy ni ada tiga orang kawan baik. Aunty Hanan, Aunty Bella dan Aunty Lin. Dia orang pun kawan daddy juga sebenarnya. Sebab belajar satu universiti. Aku memang anggap dia orang macam family aku. Dengan family aku sendiri pun aku tak rapat macam mana aku rapat dengan dia orang semua," jelas Arman panjang lebar.

"Oh saya ada jumpa masa kita kahwin tu. Mummy yang kenalkan. Tapi saya ingat tu semua saudara-mara awak,"

"Kita orang tak ada pertalian darah pun. Tapi memang kami semua dah macam satu keluarga."

Shafiyah mengangguk faham. Seronoknya kalau dapat kenal dengan ramai orang. Sebelum ni dia tak ada kenal dengan sesiapa pun.

"Rezeki saya dapat masuk dalam keluarga awak. Nanti bolehlah saya berkenalan dengan dia orang semua. Sebelum ni, saya mana ada kenal sesiapa. Saya ni dahla anak tunggal. Tak ada adik beradik. Mama dan papa pun sama. Atuk dengan Opah pun dah meninggal. Mama dan papa pun tak ada kawan. Kawan pun sekadar rakan niaga papa je. Daripada dulu, papa selalu hadkan batas pergaulan saya dengan alasan tak mahu saya terkena nasib macam papa. Tapi bila saya sambung belajar, saya jumpa Emylia. Masa tu, saya berkeras yang saya nak jadikan Emylia tu kawan saya. Dia satu-satunya kawan yang saya ada," luah Shafiyah. Hidup dia memang sunyi.

"Kawan kau yang jadi rakan kongsi butik kau tu?" Arman bertanya. Dia mana kenal kawan Shafiyah.

"Iyup. Dialah tu. Nama dia Emylia,"

"Kau sebut pasal dia, kenapa hari kita kahwin tu aku tak jumpa dia pun? Dia ada datang ke?"

Shafiyah tersenyum tawar sambil menggeleng perlahan.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now