"Macam mana dengan persiapan kau?" soal Emylia sambil menyusun baju di penyangkut.
"Persiapan apa?" Shafiyah menyoal bingung.
"Kau ni, buat-buat lupa pula. Persiapan kahwin kaulah. Tak lama lagi kau nak kahwinkan? Ke kau memang lupa ni?"
Shafiyah tersengih. Dia memang lupa. Sibuk sangat uruskan butik sampai lupa hal kahwin sendiri.
"Semua persiapan keluarga aku yang uruskan. Aku cuma siapkan diri je."
"Kau cakap hari tu kau nak jahit sendiri baju nikah kau. Kau dah mula menjahit ke?"
Shafiyah menggeleng memberi jawapan.
"Sempat ke?"
"Sempat. Jahit baju tu bukan lama pun. Aku nak baju nikah aku yang simple je."
"Baju untuk bakal suami kau pula? Kau jahit sendiri juga ke?"
"Haah. Tapi aku belum ambik ukuran dia lagi. Nantilah aku suruh dia datang rumah malam ni."
"Amboi kau, baru tunang dah ajak datang rumah malam-malam. Nak ambil ukuran baju ke buat apa?"
Pergerakan tangan Shafiyah terhenti daripada membuat kerja. Kemudian, dia pusing tubuh menghadap Emylia.
"Kenapa dengan kau ni? Dah kenapa kau cakap macam tu dekat aku? Selama ni aku pernah buat benda tak elok ke?" Shafiyah menyoal geram. Bukan dia tak faham kiasan daripada soalan Emylia tadi.
"Aku cakap je. Yang kau nak marah kenapa? Selalunya orang takkan marah kalau apa yang aku cakap tu tak betul."
"Aku bukan macam kaulah, Emy! Keluar dengan jantan sana sini. Aku masih tahu halal haram," bidas Shafiyah.
Emylia buat muka selamba. Seakan tak terkesan dengan kata-kata Shafiyah.
"Sebab kau tak macam akulah, aku tanya macam tu. Aku risau kau berubah sejak bertunang. Biarlah aku je yang perangai tak senonoh macam ni,"
"Kalau rasa perangai kau tak senonoh, berubah. Bukannya makin bangga bila ramai lelaki tergila-gilakan kau."
Malas nak bertengkar lagi, Emylia berlalu meninggalkan Shafiyah seorang diri. Melihat Emylia yang sudah hilang dari pandangan, Shafiyah melepaskan keluh. Tak faham betul dengan Emylia tu. Makin hari, makin suka cari pasal dengan dia.
Kemudian Shafiyah mengatur langkah menuju ke bilik yang dikhaskan untuknya sebagai Ladyboss Butik SE Collections. Laci meja dibuka. Cemas wajahnya bila lakaran yang dia simpan sudah hilang. Merata tempat dia cari. Namun tiada.
"Mana aku simpan eh? Bukan aku simpan dekat dalam laci ke?" Shafiyah bersoal sendiri. Kerap kali lakaran yang dia hasilkan hilang.
Tak mahu dia berfikir negatif, dia biarkan saja. Mungkin dia sendiri yang cuai. Lupa dimana dia simpan semua lakaran yang telah dihasilkan.
KELUAR SAJA dari dewan kuliah, Arman dikejutkan dengan kehadiran Angeline. Lama sudah dia tidak berjumpa dengan perempuan itu sejak kejadian hari tu. Dia fikir Angeline takkan mencarinya lagi.
"Haris, I ada sesuatu nak cakap dengan you."
"I rasa I dah bagitahu you. I tak suka you panggil I Haris. Semua orang panggil I Arman. Jadi panggil I Arman,"
"Okay sorry. I panggil you Arman. Tapi I ada sesuatu nak bagitahu you,"
"Apa dia?"
"I cintakan you, Arman. I betul-betul cintakan you. Tak boleh ke you terima I? I merayu pada you. I tak kisah kalau you nak buat I jadi orang jadi you ke apa. Asalkan I dapat kahwin dengan you. Please, Arman. Kahwin dengan I,"
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...