Termenung dibalkoni, angin malam menyentuh kulit tubuh. Sengaja dibiarkan tubuhnya terdedah. Nak tidur nanti dah tak payah buka aircond. Sejuk original.
Fikiran melayang pada kejadian siang hari tadi dimana dia bertemu dengan anak perempuan Datuk Huzair. Pertama kali dia lihat gadis itu berpakaian kemas. Baru nampak matang.
"Cantik juga kau kan? Tapi sayang pendek sangat," ujar Arman sebelum ketawa kecil.
Kembali dia memikirkan tentang kejadian tadi. Sungguh dia tak nampak Shafiyah ada dibelakang Datuk Huzair. Tenggelam di dalam keramaian. Itu kalu bawa pergi pasar malam, memang ghaib terus.
Dah habis termenung, Arman rasa bosan. Beginilah hidupnya kalau dirumah. Tak ada benda yang nak dibuat. Malam-malam macam ni, semua orang akan berkurung dalam bilik. Puteri Amani kerja shift malam hari ni. Puteri Akish pula baru balik dari kerja. Mungkin masih penat. Malaslah dia nak ganggu.
Kring!
Telefonnya berbunyi. Arman masuk ke bilik untuk mengambil telefonya sebelum kembali ke balkoni. Kening Arman berkerut. Panggilan dari nombor yang tidak kenali. Siapa pula telefon dia malam-malam macam ni?
"Hello, Assalamulaikum." Suara pemanggil terlebih dahulu menyapa.
Arman kerutkan kening lagi. Suara perempuan. Si anak kicap tu ke? Tapi suara tu macam lain.
"Waalaikumussalam, siapa ya?" Soal Arman. Dia menanti jawapan dengan penuh sabar.
"Errr sayalah ni,"
"Siapa? Manalah saya tahu siapa yang call saya. Nombor ni tiada dalam kenalan saya,"
"Err ini sayalah. Roselily," kata si pemanggil.
Sekali lagi Arman kerutkan kening. Siapa pula Roselily ni? Malam-malam pun kena main teka-teki.
"Tak kenallah. Wrong number kot. Saya tengah healing bawah tanah ni. Jangan kacau saya,"
"Arman! Ni sayalah. Roselily, anak uncle Huzair. Awak dah lupa ke? Awak panggil saya kakak kopi sombong. Awak panggil saya Rosmah,"
Arman pandang ke atas seakan berfikir. Uncle Huzair...siapa ya? Rosmah...oh si kenit!
"Oh kau rupanya. Ingatkan pontianak mana call aku malam-malam. Hah nak apa?"
"Errr saya nak minta maaf pasal petang tadi. Saya rasa macam saya ni kurang ajar pula. Tak ada sopan santun,"
Tanpa sedar, bibir Arman mengukir senyuman. Mudah pula perempuan ni nak minta maaf dengan dia. Bukan macam pertama kali dia jumpa dulu.
"Tapi awak pun salah dengan saya. Tadi awak ada mengata saya, kan?" sambung Shafiyah lagi.
Cis! Minta maaf pun tak ikhlas. Nak juga cari salah Arman. Baru dia nak puji Shafiyah tadi.
"Kau ni ikhlas ke tidak minta maaf dengan aku? Nak cari salah orang pula. Ni mana kau dapat nombor telefon aku ni?"
"Papa yang bagi. Papa suruh saya minta maaf dengan awak. Sebab nampak tak sopan bila bercakap dengan awak siang tadi. Tapi saya ikhlas tau nak minta maaf dengan awak."
"Kau minta maaf, esok lusa kau buat lagi."
"Tak apalah. Kalau saya mati esok, sekurangnya dosa hari ni saya dah minta maaf dengan awak. Kalau umur saya panjang, nanti saya minta maaf lagi dengan awak."
"Jadi kau memang nak buat silap dengan aku lagilah?"
"Manalah tahu awak cari pasal dengan saya. Takkanlah saya nak diam diri je. Saya kenalah lawan balik. Pertahankan diri saya. Nak tunggu awak minta maaf, macam lambat je. Jadi saya terpaksa rendahkan ego saya untuk minta maaf dengan awak. Walaupun awak yang salah,"
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...