Usai saja sarapan, Haura segera berangkat ke rumah Aunty Yana. Subuh tadi, dia menerima mesej daripada Shafiyah. Apa yang dimahukan oleh isteri kawan baiknya itu pun dia tak pasti. Nampak gaya macam mustahak je. Sempat juga dia singgah dirumah Aunty Bella dan Aunty Lin untuk menjemput Atiq Naqiudin dan Tengku Fayyadh. Menyibuk betul dua orang ni.
Sampai saja dirumah Aunty Yana, pantas Atiq dan Tengku Fayyadh masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Haura seorang diri sambil membawa buah tangan buat mummy Arman.
"Assalamualaikum, aunty." Haura memberi salam.
Atiq dan Tengku Fayyadh sudah menghilang ke dapur. Tak lain tak bukan, mesti mereka cari makanan. Dasar perut ular sawa.
"Waalaikumussalam, Haura. Datang cari Arman ke?" soal Puan Ayana.
Haura pantas menggeleng. Buat apa dia cari suami orang? Dia datang ke sini pun sebab Shafiyah. Bukan sebab Arman.
"Tak adalah. Haura bukan datang sebab Arman. Tapi Haura datang sebab menantu aunty. Shafiyah yang suruh Haura datang sini. Dia yang nak jumpa Haura,"
"Ingatkan Haura datang jumpa Arman. Sebab kamu angkut sekali Atiq dengan Yadh. Biasanya, ada hal mustahak yang kamu berempat nak bincangkan."
"Itu dulu, aunty. Sekarang Arman dah kahwin. Dah jadi lain sikitlah. Kami pun kena hormatkan isteri dia. Hormatkan masa dia dengan isteri dia."
"Betullah tu. Arman pun kena jaga batas pergaulan dia. Lebih-lebih lagi Haura ni perempuan. Tak manis juga kalau Haura dan Arman rapat macam dulu,"
Haura melakar senyuman. Teringat pula pada kenangan mereka berempat. Dari kecil hingga meningkat dewasa, mereka selalu bersama. Rindunya. Tapi dia faham keadaan sekarang tak seperti dulu lagi. Kalau Arman tak kahwin sekali pun, dia tetap tak boleh rapat macam dulu. Jantinanya berbeza dengan Arman dan dua lagi kawan baiknya itu. Jadi, memang agak terbatas.
"Arman...sampai bila saya kena tunggu?"
Puan Ayana dan Haura serentak menoleh ke arah suara itu. Terlihat Shafiyah sedang mengejar langkah Arman yang besar itu.
"Sampai Arman sedia,"
"Tapi bila, Arman?" Shafiyah bertanya lagi. Mereka masih belum sedar akan kehadiran Haura disitu.
"Ehem." Puan Ayana berdeham membuatkan langkah mereka berdua mati.
"Eh Haura, bila awak sampai?" Arman disebelah terus dilupakan. Haura pula dihampiri Shafiyah.
"Baru je," jawab Haura. Shafiyah segera melabuhkan punggung disebelah Haura.
"Kau datang seorang saja ke?" soal Arman pula.
"Tak adalah. Aku datang dengan dua makhluk jembalang tanah. Tapi dah menghilang ke dapur. Cari makananlah kot,"
"Atiq dan Yadh?"
"Siapa lagi kalau bukan mereka?" Haura bertanya semula.
Arman mengangguk faham kemudian dia berjalan ke dapur. Ingin mencari dua lagi sahabatnya itu.
"Mummy naik ke bilik dulu." Puan Ayana segera bangun lalu meninggalkan Haura dan Shafiyah. Memberi ruang untuk mereka berdua berbual.
Setelah Puan Ayana hilang dari pandangan, mata Haura beralih pula pada Shafiyah yang sedang tersenyum.
"Kenapa awak minta saya datang sini?" Haura menyoal.
"Sebelum tu, saya nak minta maaf dengan awak."
Haura kerutkan kening. Pelik bila Shafiyah tiba-tiba meminta maaf kepadanya.
"Kenapa awak nak minta maaf dengan saya?"
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...