BAB 49

2.4K 94 2
                                    

Mata Arman ralit memandang pelajar yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki. Mencari kelibat Azim di kawasan kampus. Namun, tetap juga tak dijumpai. Sudah sejam dia menunggu disitu.

"Baby, nah I belikan air untuk you."

Arman mendongak memandang Faez yang berdiri disebelahnya. Satu jelingan dia hadiahkan buat Faez. Dia ingatkan siapalah yang datang menggedik tadi. Nasib baik dia hempuk guna buku. Botol air ditangan Faez dirampasnya.

"Gelilah aku dengan kau ni. Aku dah kahwin tahu tak? Nanti isteri aku salah faham dengan kita. Risau pula dia fikir kita ni gay,"

"Isteri kau tak ada dekat sinikan? Yang kau nak risaukan sangat tu kenapa?"

Faez labuhkan punggung dikerusi batu bertentangan dengan Arman. Penutup botol dibuka sebelum dia meneguk minuman itu.

"Kau belum jumpa dia lagi ke?" soal Faez. Matanya turut memandang sekeliling. Manalah tahu dapat menangkap kelibat Azim.

"Belum. Aku tak rasa yang dia akan datang ke kampus. Dia memang larikan diri daripada kita," jawab Arman bersama keluhan kecil.

"Dia tu sebenarnya pengecut. Kalau dia berani sangat, berdepanlah dengan kita. Bukan larikan diri macam ni. Menyusahkan orang je."

Arman mengangguk setuju. Kata-kata Faez tu ada benarnya juga. Kalau betullah Azim tu berani, dia perlu membuat perhitungan secara depan-depan. Bukan dengan cara melarikan diri macam ni.

"Kamu berdua buat apa dekat sini? Tak ada kelas ke?" Madam Tasnim datang menegur. Dari tadi dia perasan Arman dan Faez duduk disini tanpa berbuat apa-apa.

Faez dan Arman angkat kepala memandang Madam Tasnim. Segera duduk mereka dibetulkan supaya lebih sopan.

"Madam, buat apa dekat sini?" Faez bertanya pula pada Madam Tasnim.

"Saya nampak kamu berdua duduk dekat sini dah lebih sejam. Buat apa? Kamu cari sesuatu ke?"

"Kami cari Azim..."

Pantas Arman menekup mulut Faez walaupun dah terlambat. Dia tak mahu Madam Tasnim tahu tentang masalah mereka berdua. Tapi mulut si Faez tu pula susah nak dijaga.

"Cari Azim? Kenapa kamu cari dia?"

"Tak ada apalah, Madam. Ada hal sikit," jawab Arman sambil tersenyum hambar.

"Kamu berdua nampak macam ada masalah je. Kenapa ni? Tak nak share dengan saya?"

"Memang ada masalah, madam." Faez lebih pantas menjawab sehingga Arman hanya mampu menggelengkan kepala.

"Kalau kamu berdua sudi, sharelah dengan saya.  Manalah tahu saya boleh tolong," ujar Madam Tasnim sambil tersenyum manis.

"Sebenarnya...minggu lepas saya kena tangkap khalwat." Faez memulakan bicara.

Madam Tasnim nampak terkejut. Tapi masih mencuba untuk mengawal diri daripada terus menghakimi Faez tanpa usul periksa. Dia perlu tahu cerita sebenar.

"Tapi saya tak buat apa-apa pun dengan perempuan tu. Saya dan dia diperangkap. Dan orang yang perangkap kami tu adalah Azim," sambung Faez lagi.

Madam Tasnim menekup mulut kerana terkejut. Macam tak percaya yang Azim buat semua tu.

"Si...siapa perempuan yang ditangkap khalwat bersama awak tu, Faez?" soal Madam Tasnim.

Faez saling berpandangan dengan Arman. Rasanya itu tugas Arman pula untuk memberitahu Madam Tasnim atau tidak kerana itu melibatkan maruah isterinya.

"Errr...isteri saya, madam."

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now