Jam didinding dikerling sekilas. Baru jam 9 malam. Lambatnya nak pagi esok. Kemudian matanya kembali fokus pada skrin telefon. Posting terbaru di instagram miliknya ditekan. Gambar gaun yang baru siap dijahitnya minggu lepas. Simple tapi nampak elegant.
Nafas dihela dengan kuat. Telefonnya kembali ditutup dan diletakkan di tepi. Bosan. Tapi tak tahu nak buat apa.
"Arman buat apa ya?" Shafiyah menyoal sendiri. Tiba-tiba dia rindukan lelaki itu walaupun baru berjumpa masa makan malam tadi.
Kaki dijatuhkan ke bawah kemudian dia bangun dari katil. Bilik Arman pula dituju.
Tanpa diketuk terlebih dahulu, Shafiyah segera masuk ke dalam bilik itu.Arman angkat kepala memandang Shafiyah yang sedang melangkah menghampiri. Tak lain tak bukan, nak menganggu dialah tu.
"My Kanda sayang..." Shafiyah menyapa dengan suara yang agak manja.
Arman julingkan mata ke atas. Sudah dia agak. Kalau dah suara macam tu, Shafiyah nak bermanja dengan dialah tu.
"Arman..." panggil Shafiyah lagi.
"Hmm." Arman menyahut malas.
"Saya rindukan awak," bibir dicebik sambil matanya dikelipkan beberapa kali.
"Terima kasih sebab rindukan aku," balas Arman. Matanya masih fokus pada laptop.
"Awak tak rindukan saya?"
"Kau nak apa sebenarnya ni?" tanpa menjawab soalan Shafiyah, Arman menyoal semula.
"Saya nak awak," jawab Shafiyah selamba.
"Kau gatal. Aku bagitahu mama kau,"
"Gatal dengan suami sendiri pun salah ke? Saya bukan nak menggatal dengan suami orang,"
"Menjawab je kerja kau,"
Shafiyah mencebik. Nak bermanja pun tak boleh. Dia pula tengah bosan.
"Arman, saya tengah bosan ni. Awak layanlah saya,"
"Kau nak aku layan macam mana? Bawa kau ke katil? Memang taklah aku nak buat macam tu,"
Shafiyah merenung Arman lama. Kenapalah Arman selalu layan dia dingin? Arman masih marahkan dia sebab dipaksa untuk berkahwin dengan dia ke? Benci sangat ke Arman pada dia?
"Awak bencikan saya?" soalan itu terbit dari bibir Shafiyah.
Arman menoleh. Mata merenung tajam ke dalam anak matanya Shafiyah. Mencari alasan mengapa Shafiyah bertanyakan soalan itu.
"Arman...jawablah,"
"Tak, aku tak bencikan kau."
"Awak sayangkan saya?" soal Shafiyah lagi. Kali ni Arman terdiam. Patutkah dia perlu jujur akan perasaannya?
"Aku...aku..."
Ringggg!!
Arman melihat skrin telefonnya. Panggilan daripada Faez.
'Kacau line betullah,' marah Arman dalam hati.
Panggilan itu segera diangkat. Mungkin hal penting yang ingin diberitahu oleh Faez. Tadi dia sedang mengerjakan tugas bersama Faez sebelum Shafiyah masuk. Mesej dari Faez pun dia biarkan tak terbalas.
Shafiyah menghembus nafas pasrah bila Arman mula bangun dan menuju ke beranda. Matanya tak lepas memerhati Arman yang sedang bercakap ditelefon. Akibat bosan, dia menarik laptop Arman agar menghadapnya. Youtube pula dibuka. Alangkah terkejutnya dia bila melihat sejarah tontonan Arman. Biar betul?
Usai bercakap ditelefon, Arman kembali semula ke meja belajar. Hairan juga bila dia melihat wajah terkejut Shafiyah itu.
"Kau kenapa?" soal Arman kemudian dia duduk dikerusi.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Roman d'amour2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...