Baju kurung berwarna ungu tersarung pada tubuh. Tudung bawal berwarna putih anggun terletak dikepala. Sempat juga dicalitkan sedikit lipmate berwarna nude. Bibir tersenyum manis apabila berpuas hati dengan riasan diwajahnya.
Kakinya laju melangkah menuruni anak tangga kemudian menuju ke meja makan. Puggungnya pula dilabuhkan untuk bersarapan bersama mama dan papanya.
"Sha nak pergi mana?" Soal Datin Sofea.
"Sha nak keluar,"
"Dengan siapa?" Giliran Datuk Huzair pula menyoal.
"Emylia," jawab Shafiyah.
"Keluar dengan Emylia, tapi bersiap cantik. Selalunya Sha pakai pakaian biasa je."
"Sebab Sha ada benda nak buat dengan Emylia," kata Shafiyah.
"Buat apa?"
Cawan ditangannya diletak perlahan. Senyuman paling manis dia hadiahkan buat Datuk Huzair.
"Sebenarnya, Sha dengan Emylia nak buka butik. Hari ni Emylia ajak Sha pergi sign dokumen."
"Apa? Buka butik?" Datuk Huzair menyoal kerana terkejut.
Shafiyah mengangguk perlahan. Tiba-tiba dia rasa seram sejuk dengan renungan tajam papanya.
"Awak tahu?" Datuk Huzair menyoal isterinya. Biasanya isteri dia akan beritahu tentang apa yang dibuat oleh anaknya itu.
Datin Sofea menggeleng. Shafiyah tak ada beritahu dia apa-apa tentang itu. Memang Shafiyah ada bagitahu tentang rancangan nak buka butik. Tapi dia sendiri yang melarang. Minta Shafiyah ambil masa dulu sebelum buat keputusan.
"Sejak bila Sha pandai buat keputusan tanpa bagitahu papa? Selalunya Sha bagitahu mama. Ini mama pun tak tahu. Sha dah lupa yang Sha masih ada ibu bapa? Ke Sha tak pernah nak anggap mama dan papa ni wujud?" Datuk Huzair menyoal dingin. Dada semakin berombak laju menahan marah.
"Bu...bukan macam tu, pa. Sha tak lupakan papa dan mama," jawab Shafiyah sambil menunduk. Takut nak bertentang mata dengan papanya.
"Habis tu, kenapa tak boleh nak bincang dulu dengan papa dan mama?"
"Sha takut papa tak setuju. Papa asyik minta Sha kerja dengan papa. Sedangkan Sha tak reti. Sha tak minat. Papa tak faham Sha," balas Shafiyah. Tiba-tiba pula dia berani nak melawan papanya.
"Sha bincang pun tidak. Macam mana Sha tahu yang papa takkan setuju?"
"Se...sebab papa tak pernah nak ambil peduli tentang minat Sha. Papa paksa Sha kerja dengan papa. Sedangkan Sha taknak."
Datuk Huzair mengeluh perlahan. Kejam sangat ke dia sebagai bapa? Dia tak terfikir pula tindakan dia sebelum ni membuat Shafiyah berfikir seperti itu.
"Papa izinkan Sha buka butik. Tapi papa tak izinkan Emylia jadi rakan kongsi Sha," ujar Datuk Huzair.
"Tak boleh, pa. Sha dan Emylia dah berkongsi modal untuk buka butik tu. Semuanya dah selesai. Tinggal nak buka je butik tu."
Datuk Huzair merenung lama ke dalam anak mata Shafiyah. Kenapalah anak dia ni polos sangat? Tak boleh ke Shafiyah fikir tentang masa depan. Dia dah cukup serik dengan ibu bapa Emylia yang menipu dia. Dulu dia dan ibu bapa Emylia merupakan rakan kongsi. Tapi setelah ditipu, dia mula berusaha sendiri sehingga dia berjaya seperti sekarang. Dia takut kejadian sama berulang lagi pada Shafiyah.
"Sha tahu tak yang Sha dah kecewakan papa? Tak boleh ke, sekali je Sha dengar cakap papa tentang Emylia tu?"
"Jangan samakan Emylia dengan mak ayah dia. Emylia tak macam tu. Lagi pun, Sha nak rasa hidup bebas. Sha nak hidup berdikari. Sha tak nak susahkan mama dan papa selamanya,"
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...