BAB 29

2.2K 87 1
                                    

Hari pertama semester baru. Semester terakhir sebelum internship. Semester kali ni mungkin dia akan sibuk dengan final year project. Jadi dia perlu lebih fokus pada pelajarannya. Sebelum kelas bermula, sempat Arman singgah di kafeteria. Dia belum menjamah sarapan. Jadi dia perlu makan untuk mengisi perutnya yang kosong.

"Man!" bahu Arman ditepuk.

"Uhuk!" cepat-cepat Arman capai air lalu diteguk rakus.

"Allahuakbar, makan tu elok-elok. Jangan gelojoh sangat," ujar Faez sambil menepuk belakang badan Arman.

Azim pula ketawa. Faez buat diri dia macam tak bersalah. Padahal Arman tercekik makanan disebabkan dia.

"Aku takkan tercekik kalau kau tak datang tiba-tiba macam ni. Tak boleh bagi salam ke? Sapalah elok-elok," marah Arman. Dadanya diurut perlahan.

Faez dan Azim melabuhkan duduk dihadapan Arman. Dua pasang mata itu merenung Arman tajam. Arman pula rasa segan bila ditenung begitu. Dia berdehem membetulkan suaranya.

"Kau orang dah kenapa tenung aku macam tu?" soal Arman. Mulut kembali mengunyah makanan yang masih tersisa.

"Kenapa kau taknak tinggal dengan kami lagi?" Azim mula menyoal.

"Suka hati akulah. Bukan urusan kau orang pun," jawab Arman.

"Pelik. Biasanya...orang pindah rumah ni sebab nak kahwin. Kau nak kahwin ke?" Faez meneka.

"Pfftt!" Habis tersembur makanan dalam mulut Arman ke muka Faez dan Azim.

"Allahuakbar. Habis terbang jin dan setan dalam badan aku. Tak sempat aku nak peluk cium dia orang buat kali terakhir," bebel Faez.

"Arman! Gelilah bodoh. Eeeuuww," cepat-cepat Azim bangun untuk cuci mukanya.

"Kaulah ni, Faez. Tiba-tiba sebut pasal kahwin. Mana aku tak terkejut."

"Kau pun satu, Arman. Yang kau terkejut sangat tu kenapa? Ke memang kau dah kahwin?" Azim menyoal sebaik dia kembali ke meja.

Bibir Arman tersenyum senget. Riak wajah dikawal sebaik mungkin. Kononnya tak terkesan dengan pertanyaan Azim.

"Mana adalah," nafi Arman. Dia belum bersedia nak menceritakan semuanya pada Azim dan Faez.

"Kalau betul kau dah kahwin, kita orang merajuk tau. Sampai hati kau tak jemput kami. Kami nak juga tengok kau jadi raja sehari, pakai baju pengantin. Mesti segak," kata Faez.

Azim mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Faez. Mereka itukan kawan. Takkan tak mahu jemput.

"Kalau aku kahwin, memang aku taknak jemput kau orang berdua. Buat rosak majlis aku je,"

"Eh eh kau, belum jemput dah cakap macam-macam. Kita orang ni baik jelah. Behave. Betul tak, Zim?" Azim mengangguk lagi tanda setuju.

"Lantak kaulah. Daripada kau bercakap benda yang lebih mengarut, baik kita masuk kelas. Kelas kita dah nak mula ni,"

"Eh yalah. Buatnya pensyarah tu garang. Tak pasal-pasal hari pertama dah kena denda sebab lambat,"

Mereka bertiga bangun lalu beredar dari situ. Lagi sepuluh minit kelas akan bermula. Jadi mereka kena cepat takut terlambat.





JAM DIDINDING menunjukkan pukul 12 tengah hari. Tapi Emylia belum juga muncul di butik. Hari ni sudah hari ke tiga Emylia lambat begini. Puas dia bebelkan Emylia semalam, tapi nampak gaya tak berkesan.

"Wana, cik Emylia belum datang lagi ke?" soal Shafiyah pada pekerjanya.

"Belum lagi. Kenapa, Cik Puan?" soal Wana kembali.

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now