Tiba saja waktu lunch, Shafiyah keluar untuk membeli coffee. Nak makan, tak ada selera pula. Selera makan dia belum pulih sejak demam. Padahal demam dah sembuh.
Keluar saja dari cafe, tercegat Arman depan pintu. Bibir Arman tersenyum sinis. Tapi dia mengabaikan Shafiyah lalu masuk ke dalam Cafe. Berkerut kening Shafiyah bila Arman menghiraukannya. Selalu Arman akan bertegur sapa. Angkat bahu, Shafiyah berjalan menuju ke kereta.
Bulat mata Shafiyah saat dia tiba ditempat letak kereta. Tayar kereta dia pancit! Dia pula dah lambat nak masuk pejabat.
"Tayar pancit ke tu?"
Shafiyah berpaling. Saat itu, dia melihat Arman ketawa. Kenapa Arman ketawa? Kejap! Adakah Arman yang pancitkan tayar kereta dia? Arman balas dendam ke? Arman dah tahu ke?
"Kenapa gelak?" soal Shafiyah.
Arman berhenti ketawa. Tangan bersilang ke dada. Tubuh puka disandarkan ke kereta milik Shafiyah.
"Aku gelak sebab aku gembira dapat tengok kau terima balasan," jawab Arman.
"B-balasan apa?" Shafiyah menyoal lagi. Pura-pura tak tahu.
Arman keluar telefonnya daripada poket seluar kemudian menunjukkan satu video kepada Shafiyah.
"Balasan untuk ni," kata Arman dengan wajah yang serius.
"S-saya tak sengaja. Sorry,"
"Aku tak nampak pula tak sengaja tu dalam video ni. Apa alasan kau buat macam ni dekat aku?"
"Sebab awaklah!" jawab Shafiyah sambil mencebik.
"Kenapa pula sebab aku?" Arman menyoal tidak puas hati.
"Sebab awak taknak kahwin dengan saya. Saya geram dengan awak,"
Arman memandang Shafiyah tidak percaya sebelum dia ketawa mengejek.
"Sebab itu je? Sampai kau pancitkan tayar kereta aku? Kau ni, buat sesuatu cuba guna otak sikit. Macam mana kalau waktu tu aku ada emergency? Emergency pula melibatkan nyawa orang. Kau ada fikir tak?"
Shafiyah menundukkan sebelum menggeleng perlahan.
"Saya minta maaf," ujar Shafiyah perlahan. Suaranya sedikit sebak. Sedang menahan diri untuk tidak menangis.
"Lain kali fikir dulu. Kau tak tahu yang kau dah menyusahkan aku."
Shafiyah angkat kepala memandang Arman. Dia tak bermaksud nak menyusahkan Arman. Dia tak sengaja. Memang dia tak fikir semua tu masa pancitkan tayar kereta Arman.
"Saya minta maaf. Saya janji, lain kali saya tak akan buat macam tu lagi. Saya akan fikir dulu akibatnya. Tapi saya betul-betul minta maaf,"
Arman hela nafas perlahan. Nampak macam Shafiyah betul-betul menyesal. Dia pun bukan kejam sangat.
"Kau sudi tak naik kereta Axia buruk aku tu?" soal Arman.
"Hah? Kenapa awak tanya macam tu?" soal Shafiyah semula. Bingung.
"Kau nak balik pejabatkan? Kereta kau tu tayarnya pancit. Aku nak tukarkan takut tak sempat. Sebab aku ada kelas petang hari ni. Jadi aku nak hantarkan kau balik ke tempat kerja kau,"
"Oh saya sudi je. Jadi isteri awak pun saya sudi," kata Shafiyah selamba membuatkan Arman menjulingkan matanya. Tak habis lagi dengan topik ni.
"Aku pula yang tak sudi jadi suami kau," balas Arman sebelum berjalan menuju ke kereta Axia miliknya.
"Eh Arman, tunggulah saya."
Terkocoh-kocoh Shafiyah berlari mendapatkan Arman. Mujur dia tak pakai heels. Tak adalah susah sangat dia nak kejar Arman.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...