Lega hati Arman bila pintu bilik dapat dibuka. Semalam, pintu bilik itu berkunci. Semalaman Shafiyah mengurungkan diri di dalam bilik. Mujurlah ibu mertuanya ada simpan kunci pendua. Cuma dia je tak berani nak buka. Dia biarkan Shafiyah bertenang dulu.
Pintu bilik itu ditolak perlahan-lahan. Sekali lagi Arman menghela nafas lega bila melihat Shafiyah sedang lena di atas katil. Yang mencuit hatinya, Shafiyah pun tidur lasak macam Safa. Bibirnya melepaskan tawa kecil. Lantas, katil itu dihampiri.
Berkerut kening Arman saat melihat wajah pucat Shafiyah. Pantas dia memanjat katil dan mendekati tubuh Shafiyah. Dahi disentuh, tapi tak rasa panas pun.
"Sha, bangun." Tubuh Shafiyah digoncang perlahan. Tiada pula tanda-tanda Shafiyah nak bangun.
Hati Arman tak senang. Jantungnya jadi berdegup laju.
"Sha, bangun please. Sha okay ke tak ni?" keadaan masih sama. Mata Shafiyah masih terpejam rapat.
"Shafiyah, wake up. Kau kenapa? Jangan bergurau macam ni, Sha. Arman tak suka,"
Tubuh Shafiyah digoncang kuat. Pipi Shafiyah turut ditampar lembut. Namun, langsung tak ada respon daripada Shafiyah.
"Dia bunuh diri ke?" Arman menyoal sendiri. Pantas Arman memeriksa denyutan nadi Shafiyah.
"Alhamdulillah, hidup lagi." Arman menghembuskan nafas lega. Arman segera mencempung tubuh Shafiyah. Dia cuma yakin Shafiyah tu pengsan. Jadi dia perlu bawa Shafiyah ke hospital.
"Mama! Jagakan anak-anak Arman. Arman nak bawa Sha pergi hospital," pesan Arman pada ibu mertuanya yang sedang melayan cucu-cucunya bermain.
"Eh kenapa dengan Sha tu?" soal Datin Sofea risau.
"Sha pengsan. Mama, tolong bukakan pintu kereta."
Cepat-cepat Datin Sofea ke kereta lalu membuka pintu. Perlahan-lahan Arman jatuhkan tubuh Shafiyah dikerusi penumpang. Arman segera ke tempat duduk pemandu. Tanpa berlengah lagi, kenderaan itu segera keluar dari perkarangan dan menuju ke hospital.
ARMAN menatap lama wajah Shafiyah. Sejak tadi isterinya belum sedarkan diri. Mujurlah keadaan Shafiyah baik-baik saja. Dia cuma terlalu penat sampaikan pengsan. Menyesal juga dia tidak terus masuk ke bilik semalam. Kalau tidak, semua ni pasti takkan terjadi.
"Haih," keluhan kecil terlepas daripada bibirnya.
"Arman minta maaf..." ucap Arman. Tangan Shafiyah yang dingin itu dibawa ke bibir dan dikucup lama.
"Ayah!"
Arman tolehkan kepala. Bibirnya tersenyum manis saat melihat anak-anaknya sedang berlari menghampiri. Arman depakan tangan sebelum si kembar itu masuk ke dalam pelukan.
"Rindunya dekat anak-anak ayah ni," tubuh Safa dam Sara Arman peluk erat.
"Arman, Sha macam mana?" soal Datin Sofea.
"Sha...okay. Doktor kata badan dia lemah. Sebab tu dia pengsan. Sekarang dia tengah rehat tu. Kejap lagi dia bangunlah,"
"Ini mesti sebab dia merajuk semalam. Mungkin Sha menangislah dekat bilik semalam. Makan malam pun tidak. Sebab tu lah dia pengsan kot," sampuk Datuk Huzair pula.
Arman tersenyum tawar. Pandangannya dialihkan kepada Shafiyah. Wajah Shafiyah masih pucat. Cuma tak seteruk tadi.
"Mama cakit ke yayah?" soal Safa.
"Iya, sayang. Mama tak sihat. Kalau mama dah balik rumah nanti, Safa dengan Sara jangan kacau mama, ya? Mama kena rehat. Kalau tidak, mama akan sakit lagi."
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...