Datuk Huzair melangkah menuruni anak tangga rumahnya. Bibirnya tersenyum saat melihat isterinya setia menantinya. Aktiviti dia dan isteri di malam hari. Ke masjid bersama-sama. Selalunya dia akan pergi sebelum maghrib lagi. Tapi hari ni banyak pula kerja di pejabat sampaikan dia terpaksa pulang lambat. Jadi terpaksalah dia pergi selepas maghrib. Asalkan dapat solat berjemaah di masjid.
Senyuman Datun Huzair berganda saat melihat Shafiyah yang siap memakai baju kurung. Walaupun Shafiyah tengah datang bulan, tapi dia tetap nak ikut sama. Dudukuar masjid pun jadilah. Dapat dengar laugan azan dan suara imam yang sedang mengimamkan solat tu kadang buatkan dia rasa tenang. Itulah sebab dia suka ke masjid bersama papa dan mamanya.
"Dah siap?" Datuk Huzair menyoal.
"Dah papa! Jomlah, Shafiyah tak sabar nak pergi ni."
Datuk Huzair senyum lagi. Alhamdulillah, dia dapat mendidik Shafiyah dengan baik. Setiap kali diajak ke masjid, tak pernah nak tolak. Tapi satu dia masih tak boleh nak ubah Shafiyah. Cara Shafiyah berpakaian. Pakai tudung tapi tidak menutupo dada. Sudah berapa kali ditegur. Tapi tiada perubahan pun yang berlaku.
Shafiyah menarik lengan papanya menuju ke kereta. Mamanya pula dibiarkan berjalan sendirian dibelakang. Datin Sofea pun membiarkan saja. Dia dah biasa. Shafiyah manja sangat dengan papanya.
Sampai saja di masjid, Datuk Huzair dan Datin Sofea segera masuk. Manakala Shafiyah hanya berada di dalam kereta. Diakan tengah uzur. Dia datang pun sebab nak dengar azan. Entah kenapa azan yang laungkan sejak minggu lepas tu merdu semacam saja. Sejuk hati dia bila dengar. Apa yang dikatakan oleh papanya, orang yang azan tu muda lagi. Lagi muda dari dia. Papa dia kata lagi, hari ni nak jemput budak itu ke rumah. Dia pula yang tak sabar nak berkenalan.
Saat azan dilaungkan, bibir Shafiyah tersenyum lebar. Mata pula dipejam. Allahuakbar. Tenangnya dia rasakan. Beruntungnya wanita yang telah melahirkan lelaki itu.
"Siapalah perempuan bertuah akan jadi isteri dia nanti. Beruntung ada suami macam dia,"
Nafas dihela perlahan. Kenapalah dia tak pernah nak kenal dengan lelaki yang macam tu? Dulu dia pernah juga berkenalan dengan seorang lelaki. Tapi hujungnya buat perangai.
Sementara menunggu mama dan papa, sempat juga Shafiyah terlena dalam kereta. Namun lenanya mula terganggu apabila terdengar bunyi ketukan di cermin kereta. Mungkin mama dan papanya dah siap solat.
Mata dikelipkan beberapa kali sebelum memandang sosok tubuh di sebalik cermin kereta. Memang betul papa dan namanya. Barulah dia yakin mahu buka pintu kereta. Tadi memang dia kunci semua pintu. Takut ada yang culik dia bawa ke sempadan.
"Mama dan papa dah siap solat ke?" soal Shafiyah.
"Sudah. Kamu tidur ke tadi?" Jawab Datin Sofea sebelum menyoal semula.
"Terlelap sekejap aje." Shafiyah tersengih. "Pa, mana lelaki yang papa nak kenalkan tu?" soal Shafiyah teruja.
Datuk Huzair tersenyum. Nampak tak sabar anak dara dia ni.
"Sekejap. Dia tengah jawab call tadi. Papa dah minta dia datang ke sini,"
Shafiyah memgangguk faham. Patutlah dia tak nampak kelibat lelaki lain.
"Sorry, uncle. Saya lambat. Mummy saya call tadi," dengan senyuman yang terukit dibibir, lelaki itu meminta maaf pada Datuk Huzair. Nampak mesra.
Shafiyah mengecilkan mata memandang lelaki itu. Walaupun tempat letak kenderaan ni agak kurang cahaya, dia masih boleh melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Dan dia cukup kenali wajah lelaki itu.
"Encik Haris Arman? Awak buat apa dekat sini?" soal Shafiyah.
"Kakak kopi sombong? Kenapa kau ada dekat sini?" Giliran Arman pula menyoal.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romantizm2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...