Usia kandungan sudah mencecah 36 minggu 5 hari. Tapi hari ni Shafiyah sudah check in di hospital. Pagi tadi dah ada tanda-tanda yang bayinya akan keluar. Anak-anak dia dah tak sabar sangat nak melihat dunia agaknya. Tapi bukaan ni, bukan main lambat nak bertambah. Nak bersalin ke tidak ni?
Shafiyah memandang Arman yang ralit menonton kartun Zig & Sharko sambil makan popcorn. Nak jadi ayah pun masih layan kartun.
"Awak..."
"Ya?"
"Awak ada fikir nama untuk anak-anak kita tak?" soal Shafiyah.
"Arman cadang nak letak nama Susanti dan Meimei. Tak pun Senah dan Samsiah," jawab Arman selamba.
"Allah. Biar betul awak ni? Cubalah bagi nama yang moden sikit. Saya taknak nama tu."
"Nak moden macam mana lagi? Yang klasik lagi cantiklah,"
"Itu bukan klasik, Arman. Itu nama orang dulu-dulu. Makcik-makcik je yang guna nama tu,"
"Betullah tu. Nama orang dulu-dulu, bermakna nama tu dah antik. Maknanya klasik. Kan sama tu,"
"Tapi saya tak setuju. Saya dah ada nama yang saya pilih untuk anak-anak kita,"
"Suka hatilah. Tapi jangan panjang macam nama Sha pula. Jenuhlah Arman nak isi borang sekolah anak-anak nanti. Lagi pun Arman taknak bakal menantu kita kena nasib macam Arman. Sebab apa? Sebab nama isteri panjang sangat,"
"Itu sebab otak awak yang tak boleh nak ingat nama orang lain. Lepas tu nak salahkan nama saya pula,"
"Salahlah. Bayangkan, kalau masa tu sampai ke sudah Arman tak boleh nak sebut nama Sha...mesti kita tak kahwin."
"Yalah, nama saya salah sebab panjang sangat." Shafiyah akur. Dia malas nak bergaduh dengan Arman lagi.
Suasan kembali sunyi. Arman sambung semula melayan kartun kegemarannya.
"Awak." Shafiyah memanggil Arman.
"Apa?"
"Bosanlah. Lambat lagi ke baby nak keluar?" perutnya yang memboyot diusap.
Arman angkat kepala memandang Shafiyah. Tutup telefon lalu dia bangun dan mendekati Shafiyah. Perut Shafiyah turut diusap lembut.
"Anak-anak ayah, cepat-cepatlah keluar. Kesian mama kau orang ni. Jangan sakitkan mama. Jangan bagi mama penat. Keluar cepat tau. Ayah tunggu anak-anak ayah." Arman labuhkan satu dicium diperut Shafiyah lalu dia usap lagi.
"Awak..." tangan Arman digenggam erat untuk menahan sakit. Tiba-tiba sakit contraction tu datang lagi.
"Sakit sangat ke?" soal Arman risau. Melihat wajah Shafiyah yang berkerut itu buatkan hati dia rasa luluh.
"Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi memang sakit," jawab Shafiyah perlahan.
"Masih sakit?"
"Fuh! Dah lega sikit." Shafiyah hembus nafas perlahan-lahan sebelum bibir mengukir satu senyuman.
"Nak buat senaman tak? Cepat sikit bukaan tu. Tak adalah dia statik je dari tadi," cadang Arman.
Shafiyah berfikir sejenak sebelum mengangguk setuju.
"Jom, Arman bantu Sha."
Baru saja dia jatuhkan kaki untuk turun dari katil, seorang jururawat pula masuk ke dalam bilik itu. Terus dia batalkan niat.
"Puan, saya datang nak check bukaan."
"O-okay," balas Shafiyah gugup. Nak check bukaan pun dah rasa berdebar.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...