Kepala didongak memandang awan yang mula menghitam. Baru je berniat nak ke rumah uncle Emir dengan motosikal. Tapi terpaksalah dia batalkan niat. Tak pasal-pasal basah kuyup nanti kalau hujan ditengah jalan.
Masuk ke dalam rumah, kunci kereta dicapainya. Terus bergerak menuju ke kereta. Lambat dia keluar, lambat pula sampai ke rumah uncle Emir.
Tak mengambil masa yang lama, Arman tiba dirumah uncle Emir. Orang pertama yang dia cari adalah Haura. Itulah tujuan utama dia datang ke rumah uncle Emir. Walaupun Haura ada kembar lelaki, tapi dia tak rapat sangat. Eiman bukan sejenis perangai macam dia. Eiman tu tak suka bergaul. Awal-awal dah tarik diri dari kelab bongsu tikar terbang. Kata Eiman, dia bukan bongsu. Walaupun dia kembar Haura, dia tetap abang kepada Haura. Jadinya, ahli kelab bongsu tukar terbang cuma dia, Haura, Atiq dan Tengku Fayyadh.
Masuk saja ke dalam rumah uncle Emir, bilik Eiman yang dia tuju. Nak terjah bilik Haura terus, macam tak sopan pula. Haura tu perempuan. Memanglah boleh ketuk pintu. Tapi biarlah Eiman yang tolong panggilkan Haura untuk dia.
"Eiman, Assalamulaikum." Salam diberikan sebaik saja dia buka pintu bilik Eiman. Terlihat Eiman yang bertuala baru keluar dari bilik air.
"Waalaikumussalam. Cari Haura?" soal Eiman pada Arman.
Arman mengangguk.
"Macam biasalah," jawab Arman sebelum melabuhkan punggung dibirai katil Eiman.
"Kejap. Aku pakai baju dulu,"
"Eh tak payahlah. Kau nampak seksi tak dengan bertuala macam tu. Ada sixpack. Menggiurkan," kata Arman sambil tersenyum nakal. Saja nak mengusik Eiman.
"Bodoh."
Sepatah saja cukup membuatkan senyuman Arman mati. Seram pula dia tengok Eiman tu.
Eiman pula sudah hilang di sebalik wardrobe. Mungkin tengah pakai baju. Takkan pula dia nak pakai baju depan Arman. Kadang gurauan Arman rasa menakutkan.
"Jom, aku hantar kau pada Haura. Takut syaitan makin ramai berkumpul dalam bilik aku nanti kalau lama-lama kau dekat sini," suara Eiman menyentakkan Arman yang sedang termenung.
"Kau fikir aku ke punca syaitan menyinggah di bilik kau ni? Padahal memang kau berkawan dengan syaitan. Suka sangat berkurung dalam bilik," bidas Arman sambil mengikuti langkah Eiman ke bilik Haura.
Eiman buat tak dengar bebelan Arman dibelakang. Malas. Nanti panjang pula episodnya.
Tok! Tok! Tok!
"Haura, boyfriend kau dah datang ni. Kutip dia cepat,"
"Hei, bila masa pula aku jadi boyfriend Haura? Tak nak aku,"
"Bukan kau kekasih dia ke? Asyik berkepit je aku tengok," soal Eiman.
"Tidak. Lambert lagi kalau aku sukakan Haura. Atiq tu yang sukakan Haura," kata Arman membuatkan Eiman berpaling. Terkejut dengan kenyataan yang baru saja keluar dari mulut Arman.
"Seriuslah?" Eiman menyoal.
"Hmm tapi Haura tak suka Atiq. Atiq tu dah di friendzone oleh Haura. Tapi yang aku dengar dari Fayyadh, Atiq dah move on. Dia dah tak sukakan Haura."
"Cepatnya. Betul ke dah move on?" soal Eiman lagi.
"Entahlah. Yang penting, Haura memang tak sukakan Atiq."
"Ke dia suka kau?"
"Gila ke apa? Tak mungkinlah. Kita orangkan berkawan. Takkan dia sukakan aku,"
"Atiq boleh sukakan Haura. Takkan Haura tak boleh sukakan kau,"
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...