BAB 50

3K 99 11
                                    

Kepala mendongak memandang langit yang dihiasi bulan dan bintang. Indah sungguh ciptaan Allah. Tenang hatinya bila melihat keindahan itu. Lupa sekejap masalah yang memberat dikepala.

"Arman, nah kopi awak." Shafiyah menghulurkan secawan kopi kepada Arman.

"Thank you," ucap Arman sambil tersenyum. Isteri pun salah satu ciptaan Allah yang paling indah.

Shafiyah memandang wajah Arman yang nampak serabut. Sejak kejadian hari tu, Arman tak lagi ceria. Wajahnya jelas menunjukkan yang fikiran Arman kusut dengan masalah.

"Arman..." Shafiyah menyeru nama Arman.

"Hmm? Sha nak sesuatu ke?" soal Arman.

Shafiyah menggeleng.

"Habis tu? Sha nak apa?"

"Saya taknak apa-apa. Saya cuma nak awak tahu yang saya sayangkan awak,"

Arman ketawa kecil. Hatinya tercuit bila Shafiyah mengungkapkan kata itu. Dengan wajah comel yang ditayangkan Shafiyah itu, buatkan dia bertambah sayang.

"Arman tahu yang Sha sayangkan Arman. Tapi kenapa ni? Sha okay ke tak?"

"Saya okay. Awak tu yang tak okay. Saya tahu awak masih fikirkan tentang masalah tu. Awak masih tak jumpa Azim dekat manakan? Isi kepala awak tu tengah serabut dengan masalah."

"Sha risaukan Arman?"

"Mestilah! Awak tu suami saya. Kalau suami orang lain, saya tak kisah pun. Mungkin sekadar simpati je. Saya yang buat masalah. Tapi awak...arghh!" Shafiyah pegang pipinya yang ditarik Arman. Sampai merah dibuatnya. Kejam.

"Awak ni kenapa? Kan saya tengah bercakap tadi. Awak tarik pipi saya tu kenapa? Sakit tahu tak?!" Marah Shafiyah. Pipinya yang kemerahan itu digosok perlahan.

"Alolo sakit ke? Meh sini Arman letak ubat,"

Arman menarik Shafiyah mendekat. Kemudian dia labuhkan ciuman dipipi Shafiyah yang dia tarik tadi.

"Arman!" Bahu Arman ditampar kuat. Geram.

"Apa?"

"Kenapa awak cium saya? Tadi kata nak bagi ubat!"

"Ubatlah tu. Sakit lagi tak? Arman boleh bagi lagi kalau nak." Arman semakin mendekatkan tubuh gaya nak mencium Shafiyah.

Shafiyah undur selangkah menjauh dari Arman. Tangan mencekak pinggang sambil merenung Arman tajam.

"Awak ni, saya serius tau. Janganlah main-main,"

"Okay fine. Arman minta maaf. Arman saja nak bergurau dengan Sha sebab nak tenangkan fikiran. Arman tengah serabut sikit."

"Belum ada perkembangan tentang Azim?" Shafiyah bertanya.

"Belum. Tapi hari ni, Arman ada dapat maklumat tentang siapa Azim yang sebenar."

"Siapa Azim yang sebenar? Dia kamen rider ke? Atau dia power ranger yang tercicir masa nak turun ke bumi?"

"Bukan. Dia alien yang datang menakluki bumi. Demi koko yang dicari-cari. Merekakan tiba tak lama lagi. Apa mungkin terjadi?"

Arman dan Shafiyah saling berpandangan sebelum tawa mereka terburai. Nasib baik fikiran mereka satu frekuensi. Boleh faham lawak yang nak disampaikan.

"Okaylah, saya serius. Siapa Azim yang sebenar? Selama ni dia bukan Azim ke?" soal Shafiyah. Kali ni dia betul-betul serius.

"Dia masih lagi manusia yang bernama Azim atau nama penuhnya Azim Baihaqi. Info yang Arman baru terima darpada Madam Tasnim siang tadi adalah...Azim bukan pelajar dekat situ."

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now