Melihat Arman yang sedang menuruni anak tangga, cepat-cepat Shafiyah menghampiri. Dia menunggu Arman dihujung tangga sambil tersenyum. Senyuman yang paling manis dia hadiahkan buat Arman.
Arman memandang Shafiyah hairan. Tersenyum-senyum. Ada sesuatu yang Shafiyah mahukan ke?
"Good morning, my kanda! How do you feel today? Good?"
Arman garu kepalanya yang tidak gatal. Lain macam Shafiyah ni. Sebelum ni tak ada pula nak tanya dia okay ke tidak.
"Kanda! Awak tak jawab pun soalan saya tu." Bibir Shafiyah memuncung panjang.
Cup!
Arman labuhkan satu ciuman dibibir Shafiyah yang memuncung itu. Sesaat saja namun mampu membuatkan tubuh Shafiyah menjadi kaku.
Melihat Shafiyah yang sudah kaku itu buatkan Arman tersenyum senget. Baru cium sikit dah bertukar jadi patung cendana.
"I'm good, sayang."
Shafiyah terus membulatkan matanya sebelum berpaling ke arah. Arman panggil dia sayang? Dia tak salah dengarkan?
"Awak panggil saya sayang?" soal Shafiyah sambil tersenyum malu. Hatinya mula berbunga-bunga.
"Kau perasan. Bila masa pula aku panggil kau sayang?"
"Baru sekejap tadi awak panggil saya sayang. Saya belum pekak lagi,"
"Baguslah kalau kau belum pekak. Itu maknanya telinga kau tak ada masalah," kata Arman kemudian dia berlalu ke meja makan.
Shafiyah julingkan mata ke atas. Geram sungguh dia dengan Arman. Kalau dah sayang tu cakaplah betul-betul.
Tarik kerusi, Arman labuhkan duduk. Nasi lemak yang terhidang di atas meja dipandang sebelum dia berpaling ke arah Shafiyah yang sedang menghampiri.
"Kau ke yang masak nasi lemak ni?"
"Taklah. Mama yang masak,"
"Oh, mama dan papa mana?" Arman bertanya lagi. Tangan pula sibuk menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan.
"Dia orang dah balik." Shafiyah tarik kerusi kemudian labuhkan punggung disebelah Arman.
"Eh awalnya balik. Kenapa balik awal sangat?"
"Papa nak kena pergi office. Itu yang kena balik awal,"
Arman mengangguk faham. Kemudian dia merenung lama wajah Shafiyah. Langsung dia tak nampak kesedihan pada wajah Shafiyah. Bagaikan Shafiyah dah lupa akan masalah semalam.
"Kau dah okay ke?"
"Okay je. Kenapa awak tanya saya macam tu?" tanya Shafiyah semula sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Tentang butik kau tu. Kau dah tak fikir tentang tu ke?"
"Oh malaslah saya nak fikir. Saya nak rehatkan minda saya dulu. Nantilah saya fikir semula. Lagipun papa dah janji dia nak bantu saya. Jadi tak adalah banyak sangat saya nak kena fikir nanti,"
Arman mengangguk faham sebelum dia senyum tawar. Nak je dia peluk Shafiyah untuk bagi kekuatan. Dia tahu, walaupun Shafiyah nampak kuat. Tapi sebenarnya dia tetap insan yang lemah. Mesti Shafiyah masih terkesan dengan apa yang berlaku.
"Sekejap lagi aku nak pergi kampus," ujar Arman.
"Awak cakap kelas awak batal hari ni. Buat apa awak pergi kampus?"
"Ada hal sikit aku nak kena buat. Thesis aku ada kesalahan. So, aku punya penyelia nak jumpa."
Shafiyah mengangguk faham. Bibir pula dicebikkan. Bosanlah dia hari ni. Ingatkan Arman ada untuk teman dia dekat rumah.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...