Puan Ayana melabuhkan punggung disebelah suami yang fokus menyemak dokumen kerjanya. Dia menghembus nafas berat sehingga menganggu perhatian Tuan Hafiz yang sedang sibuk dengan kerjanya.
"Kenapa ni? Sayang okay ke?" soal Tuan Hafiz pada isterinya.
"Bie, awak rasa keputusan Arman tu betul ke?"
"Awak masih fikirkan tentang ni?" Puan Ayana mengangguk sebagai jawapan untuk pertanyaan suaminya.
"Ayana, Arman tu dah besar. Dia dah pandai fikir mana yang terbaik untuk dia. Kita tak boleh nak halang."
"Saya risau kalau Shafiyah akan kecewakan anak kita satu hari nanti. Arman muda lagi," luah Ayana. Itulah perkara yang risaukan.
"Itu perkara yang kita tak perlu fikir. Kita sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada masa depan. Awak risau kalau Shafiyah akan kecewakan Arman. Awak ada fikir ke, bagaimana kalau Arman yang akan kecewakan Shafiyah?"
"Saya percaya yang Arman takkan buat macam tu. Arman macam awak masa muda dulu. Dia akan jadi lelaki yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik."
Tuan Hafiz mengukir senyuman yang manis. Tangan sang dicapai dan dikucup lembut.
"Terima kasih sebab percayakan saya. Tapi awak kena ingat satu perkara. Walaupun Arman tu anak saya, belum tentu perangai dia macam saya."
"Tapi dia nakal macam awak," kata Puan Ayana membuatkan mereka ketawa.
Tak dinafikan, Arman nakal macam daddy dia. Tapi sekarang, Arman dah berubah. Tak nakal macam dulu.
"Mummy! Daddy!" Puteri Amani menjerit dari tingkat atas.
Tuan Hafiz dan Puan Ayana mendongak mencari kelibat anaknya itu. Puteri Amani pula bergegas mendapatkan mummy dan daddynya.
"Mummy, daddy...cuba tengok ni." Puteri Amani menghulurkan telefon bimbitnya pada mummy dan daddynya.
"Inikan Shafiyah," ujar Puan Ayana sambil memandang Puteri Amani.
Puteri Amani mengangguk laju. Mengiyakan jawapan mummynya itu. Kemudian membelek satu lagi gambar disebelah.
Gambar Shafiyah bersama artis terkenal tanah air. Dan Shafiyah merupakan seorang fashion designer terkenal? Dia fikir Shafiyah cuma pereka fesyen yang biasa saja.
"Nampak gaya, mummy dengan daddy akan dapat menantu yang terkenallah."
"Patutlah Shafiyah tu berkeras tak mahu bekerja dengan papa dia lagi. Dia sendiri pun dah hebat. Memang sayang kalau bakatnya disia-siakan," kata Tuan Hafiz. Puan Ayana dan Puteri Amani mengangguk setuju. Memang sayang kalau bakat Shafiyah disiakan.
Bunyi deruman kereta membuatkan mereka saling berpandangan. Ada orang datang ke?
"Kak Akish dah balik ke? Bukan dia oncall sampai malam ke?" soal Puteri Amani.
Puan Ayana angkat bahu. Tapi memang anak sulungnya ada beritahu yang dia oncall sampai malam. Tapi itu macam bunyi kereta...
"Assalamualaikum," salam diberikan. Muncullah Arman didepan pintu.
"Waalaikumussalam. Eh, kenapa kau balik sini?" soal Puteri Amani hairan. Hari ni bukan hari minggu. Selalunya Arman takkan balik kalau bukan hari minggu. .
"Kenapa pula? Salah ke?"
"Arman tak ada kelas ke?" soal Tuan Hafiz pula.
"Ada. Tapi Arman ponteng. Sebab Arman tak suka pensyarah tu," selamba badak je Arman menjawab. Tuan Hafiz sudah membulatkan matanya.
"Bertuah punya anak." Tuan Hafiz segera bangun dari duduknya. Sempai pula dia capai bulu ayam yang isterinya guna buat mengemas tadi. Arman patut di ajar.
YOU ARE READING
CINTA UNTUK KANDA
Romance2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHA...