Sebelah tangan membuka kunci lokal manakala sebelah tangan lagi memegang buku-buku subjek.
TING!
Bunyi notifikasi masuk, terpapar di skrin telefon nama hazim.- Hazim -
Kau pergi lunch dengan kitaorang tak?Telefon itu diambil dari dalam lokal sebelum ditekan notifikasi yang baru keluar tersebut. Pintu lokal ditutup dan dikunci sementara mata biru itu fokus memandang telefon.
- Haarash -
Tak.Sepatah saja jawapan dari harash. Sememangnya lelaki itu tidak suka bergaul atau bersosial dengan kawan-kawannya mahupun keluarga atau sesiapa sahaja kecuali orang yang sudah lama rapat seperti si hazim.
- Hazim -
Nak aku bungkuskan tak?Soal hazim sambil tangannya menyuapkan nasi kedalam mulut.
PAK!
Telefon yang dipegang lelaki itu jatuh. Matanya mengalih ke arah gadis dihadapannya yang sudah jatuh terduduk membuat dia rasa ingin membantu namun, gadis itu laju bangun dengan sendiri sebelum segera menunduk sedikit kepalanya ke arah harash.
"I'm so sorry.. j.. jangan pukul saya Please.." Air mata gadis itu tiba-tiba menuruni pipi merahnya.
Harash memandang gadis itu hairan? 'Aku buat ke..?' Soal harash dalam hati. Pelik? Ya, sangat pelik..
Harash menghulurkan tangannya ke bawah untuk mencapai telefonnya yang sudah retak bersama kertas-kertas yang berselerak di atas lantai milik gadis tersebut.
Gadis itu hanya melihat senior didepannya menyusun kembali kertas-kertas miliknya yang berselerak di atas lantai sebelum dihulurkan kepadanya. Mata gadis itu terarah pada tangan kiri jejaka itu yang sedang menggenggam telefonnya yang sudah retak.
"Tapi telefon awak dah retak," Zayra cuba untuk bersuara namun lelaki itu hanya menayangkan wajah kosong tanpa apa-apa riaksi sementara tangannya masih kekal menghulurkan kertas kepadanya.
"T.. terima kasih," ucap zayra selepas mengambil kertas miliknya tadi. Jejaka itu hanya tersenyum sedikit sebelum beredar, zayra berpaling wajah ke arah lelaki tadi yang sudah berjalan melepasinya di belakang.
"APA NAMA AWAK?" Jerit zayra ke arah lelaki yang menolongnya tadi.
"Harash," jawapnya sepatah dengan nada yang perlahan namun masih dapat didengari gadis itu sebelum kakinya kembali melangkah.
"Seriusly!?" Jerit sahabatnya membuatkan mata kesemua pelajar di dalam kantin terarah pada mereka. Zayra hanya mengangguk sedikit ke arah pelajar-pelajar serta cikgu-cikgu yang sudah memandangnya seperti ingin membunuh mereka.
"Kau pun tahu kan perangai si izham tu! Tak habis-habis nak memaksa perempuan. Kalau aku jadi kau dah bersepai gigi mamat tu, aku tumbuk. Senang-senang je nak paksa kau jadi girlfriend dia. Dahlah muka hauk romantik je lebih, spender pun mak belikan." 'Dahlah badan macam cicak, kurus gila' sambung riana dalam hati.
"Hmm," hanya itu yang dibalas zayra. 'Sepatah'. Melihat gadis yang selalu ceria tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam agak tidak menyenangkan hati riana. 'Sebagai sahabatnya yang setia, cantik, hensem, dan comel aku perlu beraksi' puji riana dalam hati.
"Kau kenapa? Monyok je," soal ariana namun sahabatnya itu tidak membalas, zayra termenung jauh ke arah pinggannya yang berisi nasi dan ikan.
"Kau kenap-"
PAK!
Satu kotak hadiah yang berbentuk hati dengan corak berwarna merah serta bunga diletakkan di atas meja mereka berdua.
Sebaik sahaja mata mengalih ke arah pemilik hadiah itu.. IZHAM!?! 'Baru je nak ambik,' bisik zayra dalam hati. 'Mana-mana aku pergi mesti ada je mamat ni. Bosanlah aku hadap muka sama je,' bisik zayra.
"Nah, hadiah birthday kau," izham memandang zayra sambil tersenyum manis sebelum menolak kotak berbentuk hati ke arah gadis tersebut.
'Birthday aku ke harini? Rasanya esok,' zayra memandang izham penuh benci. zayra menarik hadiah tersebut lalu membukanya untuk melihat isi dalamnya. Biadap? Lantaklah, asalkan aku dapat lihat isi dalamnya dulu. Mana tahu barang mahal.'
"Never mine, kau ambiklah balik hadiah ni. Aku tak.. urgh. Hmm.. Aku alahan dengan coklat!" Tipu zayra. Tangannya mula menolak hadiah tersebut ke arah izham kembali. 'Setakat coklat tak apalah. Aku pun boleh beli sendiri. Memanglah coklat tu makanan favourite aku but aku taknak mamat ni yang bagi.' Bisik zayra dalam hati.
"B.. Bukan sebelum ni awak suka coklat ke? Bukan coklat ni makanan kesukaan awak ke?" Soal izham. 'Ish, mana mamat ni tahu pasal aku nii,' bisik zayra lagi.
"Sorry, aku bukan taknak ambik tapi sejak dua menjak ni aku ada alahan dengan coklat," tipu zayra lagi.
"Emm, takpelah kalau macam tu," izham mengambil kembali hadiah tersebut sebelum berlalu pergi. 'Sial kau nazrin!' Marah izham dalam hati kerana fikir nazrin menipunya.
"Tangan." Terhenti langkah izham apabila mendengar suara lelaki di belakangnya. Izham berpusing memandang ke arah zayra kembali untuk melihat siapa pemilik suara tadi. Kelihatan seorang lelaki muncul di hadapan zayra. 'H.. Harash?' Bisik izham terkejut.
"Ha??" Pelik zayra melihat harash di depannya bersama beg yang digalas sebelah. Tangan kirinya menggalas beg manakala tangan kanannya pula dihulur ke arahnya.
"Tangan." Ulang harash lagi. Tapi kali ini suaranya agak serius. Zayra yang masih keliru hanya mengikuti apa yang dimahukannya. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas tangan berurat lelaki itu.
Harash memegang tangan gadis itu sebelum memusingkan ke arah telapak tangan. Kelihatan darah yang sudah kering masih melekat. Harash mengeluarkan plaster dari poket selepas menyapu sedikit minyak gamat di atas luka yang sudah kering.
Zayra hanya mampu memerhati jejaka di hadapannya yang sedang teliti menampal plaster di atas lukanya. 'Sejak bila tangan aku berdarah? Kenapa aku tak sedar pun? Dan macam mana laki ni yang sedar??' Kesemua soalan mula bermain di fikiran gadis tersebut.
Izham yang masih berdiri di belakang mereka hanya mampu melihat suasana mesra tersebut dan mula menggempalkan penumbuk. Hampir saja dia ingin melepaskan penumbuknya tapi dia masih lagi bersabar.
Harash yang sedar akan dirinya sedang diperhati, langsung dia memandang ke arah gadis dihadapannya. Mata biru milik lelaki itu ditatap lama.
"C.. Cantik." Bisik zayra perlahan namun masih dapat didengari harash tetapi lelaki itu hanya mendiamkan diri tidak berkata apa-apa. Matanya dipejam lama sebelum menggeleng-gelengkan kepalanya untuk kembali ke realiti. Selepas dia membuka kembali matanya, kelihatan sahabatnya pula duduk memandangnya seperti terkejut. Gadis berambut tadi laju mengangkat sedikit kepalanya untuk mencari kelibat jejaka tadi. Namun, tidak ditemui. 'Aku bermimpi ke tadi? Takkan aku dah gila.'
"Kau kenapa?" Soal riana pelik melihat kawannya seperti sedang mencari sesuatu. "Kau mesti tengah cari si harash kan." Memandangkan jejaka tadi laju berlari keluar sebelum zayra membuka matanya kembali. Wajah sahabatnya itu ditatap lama. Gembira? Suka? Terkejut? Bercampur semuanya setelah melihat drama spontan tidak berbayar tadi. Bukan itu yang dikejutkannya tetapi lelaki itu. Lelaki itu adalah HARASH!
Bukan apa, harash bukanlah seorang yang senang didekati. Malah, melihat mukanya yang dingin saja mampu membuatkan semua senior tertunduk. Apatah lagi bila bersama junior. Itupun nasib baik hazim seorang saja yang mampu terima, menghadap mukanya yang dingin dan menjadikannya kawan.
"K.. Kau kawan dengan si harash ke!" Soal riana tidak percaya.
"A.. Aku bu-" belum sempat dia habiskan kata-katanya.
"Sejak bila korang kawan?"
"Macam mana boleh jumpa?"
"Korang jumpa dekat mana?"
"Kenapa kau macam rapat je. Kau makwe dia ke?"
"Macam mana korang boleh rapat?"
Tiba-tiba dia diserang dengan soalan yang bertubi-tubi yang keluar dari mulut sekumpulan senior perempuan. Rupanya mereka juga turut menonto drama spotannya tadi.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
RandomSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...