Seorang perempuan yang merupakan anak buah kepada kumpulan 32 berlari laju menuju ke sebuah bilik untuk melaporkan sesuatu. Pintu bilik diketuk."Girin (masuk)."
"Beyler! İzinle ilgili bir rapor hazırlamak istiyorum. Tatiliniz onaylandı ancak tatilinizden önce son görevi tamamlamanız gerekiyor. (Tuan-tuan! Saya nak sediakan laporan berkenaan cuti. Percutian tuan telah disahkan tetapi tuan perlu menyelesaikan misi terakhir sebelum percutian tuan). Jelas gadis tersebut.
"ne görevi?" Soal satu suara garau lagi. Kelihatan qalish yang baru keluar dari bilik air langsung menanyakannya.
"Ergh.. lise öğrencilerine ders verme görevi sana verildi." (Ergh.. tuan diberi tugas mengajar pelajar sekolah menengah). Perempuan itu menunduk sedikit kepala kerana takut.
Qalish memandang ke arah kawannya di kerusi sebelum melemparkan soalan. "Senin görüşün nedir? Hayranlarınızla yüzleşmeye hazırsınız?" (Apa pendapat kau? kau dah sedia ke nak hadap muka peminat kau).
"Hmm." Sepatah saja balasan dari lelaki itu.
"Sorun değil, önce geri dönebilirsin. Rapor için teşekkürler." (Tak apa, awak boleh balik dulu. Terima kasih atas laporan itu). Beritahu qalish kepada gadis itu sambil tersengih. Gadis itu mengangguk faham lalu menunduk sedikit kearah mereka berdua.
"Kau ni. Budak tu elok bagi laporan macam tu je kau balas. Aku tahulah kau tak suka budak-budak tapi tak perlulah sampai kau layan budak tu sampai macam gitu." Tegur qalish sambil matanya memandang ke arah kerusi yang diduduki harash. 'Tenang je budak ni.'
"Kau buat apa?" Qalish cuba mengintai ke arah meja yang diduduki lelaki tersebut.
"K.. Kau. Kau boleh baca novel! Aku punya penat ceramah dekat kau. Kau boleh baca NOVEL!?!" Qalish mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan kerana gatal tetapi kerana tekanan melayan roommatenya yang keras kepala.
ZAYRA! Panggil satu suara dari arah belakangnya. DIa menoleh kebalakang. "Eh, riana? Kau dah kenapa?" Soal zayra melihat kawannya berlari laju ke arahnya dari hujung sampai kesini.
"K.. K.. Kau tahu tak," riana mengangkat tangan untuk menghentikan percakapan sebentar untuk mengumpul nafas sebelum menyambung.
"Tahu apa?" Soal zayra pula.
"Aku dapat laporan, sekolah kita akan didatangi abang-abang tentera dari turki yang hebat-hebat untuk melatih kita nanti! Dari kawad kaki, tekan tubi sampailah kuda-kuda!" Beritahu rania gembira. 'Manalah tahu boleh try abang-abang berseragam dari turki.'
"Dah tu? Apa yang kau gembirakan sangat?" Sejujurnya dia sudah tahu kesemua laporan tentang kedatangan tentera-tentera dari turki.
"Emm.. Kau dapat bahagian kawad.. ," wajah ceria sebentar tadi mula pudar.
"APA! Kau tahu tak, aku paling tak suka bila dengan geng-geng kawad kaki tu!" Marah zayra. 'Geng-geng kawad kaki' yang dimaksudkannya adalah geng-geng lyana. Benci? Kenapa? Sebab mereka semua antara geng-geng paling gedik dalam kumpulan kawad kaki. PANTANG NAMPAK LELAKI!
"Iya, aku tahu.. ," senyuman di wajah riana mula pudar. "Sebenarnya.." Zayra yang perasan akan perubahan di wajah sahabatnya mula mengangkat kedua-dua belah kening.
"Sebenarnya apa? Jangan cakap yang kau... Bukan sekumpulan dengan aku." Matanya mula dikecilkan ke arah sahabatnya yang sudah menunduk ke bawah.
"Hmm," itulah realitinya.
"APAA! Sekali lagi zayra menjerit. Mujurlah kawasan di situ tidak ada ramai orang. Hampir luruh jantung si riana apabila mendengar jeritan dari kawannya.
YOU ARE READING
𝐘𝐨𝐮 𝐀𝐫𝐞 𝐌𝐢𝐧𝐞~ 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝! | C ✔️
RandomSiapa kata jejaka melayu mix turki tak menawan? 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑 - Atau code namenya 'fox.' Mengapa fox? Kerana kelicikkannya dalam melakukan sesuatu. Harash hayder atau nama panjangnya Harash Hayder bin Akash Hayder merupakan campuran tur...